MPI release
PROGRAM PEMUKIMAN PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM & AGENSI KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA & WILAYAH

PROGRAM PEMUKIMAN PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM & AGENSI KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA & WILAYAH

25 November, Johor Bahru – Sedang berlangsung program Pemukiman Pegawai Perhubungan Awam dan Agensi Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah 2024 selama tiga hari bermula pada 24 sehingga 26 November 2024 di Hotel Holiday Inn Express, Johor Bahru.

Lebih 40 peserta dan pegawai agensi berkenaan hadir mengikutinya.

Program ini antara objektif lain memperkukuhkan kemahiran komunikasi dan menambah baik kaedah hubungan dengan rakyat dan media, serta kelancaran penyampaian maklumat / informasi.

Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Haji Ainol Amriz Ismail hadir sebagai Trainer dan Moderator bersama empat lagi Trainer Media (HRD Corp Certified Trainer). Mereka adalah Datuk Badrul Hisham Othman; Mohd Faizal Zakaria; Munir Anaam Zuljadan dan Tung Eng Hwa.

Program pemukiman ini dirasmikan oleh Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Shuhaimi Mohamed.

Berikut adalah antara rakaman yang berlaku semasa sesi pertama dan kedua program berlangsung pada 24 November 2024:

Program Pemukiman Pegawai Perhubungan Awam & Agensi Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah dimulakan dengan pengenalan oleh penceramah, Datuk Badrul Hisham Othman
Peserta tekun mendengar ceramah pada Sesi 1 yang menyentuh tentang kemahiran komunikasi dan pengukuhan penyampaian maklumat yang baik daripada penceremah
Trainer Bengkel Penulisan Media & Rencana Berkesan, Mohd Faizal Zakaria sedang memberikan penerangan mengenai input berkaitan dengan Penulisan Berita kepada para peserta
Peserta sedang mendalami teknik penulisan berita yang disampaikan oleh penceramah