MPI release
PROGRAM PEMUKIMAN PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM KEMENTERIAN & AGENSI KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA & WILAYAH
25 November 2024, Johor Bahru – Jam 8:00 malam berlangsung Sesi 5 : TIKTOK STORYTELLING FOR NEWSROOM adalah perkongsian akhir dalam Program Pemukiman Pegawai Perhubungan Awam Kementerian & Agensi, Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah bersama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Haji Ainol Amriz Ismail.
Dalam pengisian ini, peserta dikehendaki untuk menghasilkan video mengikut agensi di bawah Kementerian ini, selain menambah baik dan memberi ulasan kepada kandungan TikTok agensi berkenaan.
Kajian kes dan perbandingan TikTok media juga dipaparkan untuk memberi idea kepada peserta menghasilkan kandungan yang berimpak. Ini termasuklah video yang ada unsur emosi dan tarikan.
writer
0