Program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2014
Malaysian Press Institute (MPI) membuka tirai program latihan bagi tahun baharu 2014 dengan penganjuran Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia.
Zamalah yang berlangsung selama dua minggu mulai 6 hingga 16 Januari 2014 itu menghimpunkan 25 orang peserta yang terdiri daripada para wartawan muda mewakili organisasi berita arus perdana negara.
Zamalah edisi keempat itu dilancarkan oleh Tokoh Wartawan Negara 2011 yang juga Ketua Editor Berita Publishing, Datuk A. Kadir Jasin.
Beliau kemudian turut memberi ceramah berjudul Etika Kewartawanan Malaysia – Antara Mitos dan Realiti selepas majlis perasmian.
Turut memberi ceramah pada Zamalah kali ini ialah wakil dari Jabatan Peguam Negara Malaysia, Ibupejabat Polis Malaysia di Bukit Aman, Kuala Lumpur, Profesor Salleh Buang, Profesor Dr. Azizah Hamzah (Universiti Malaya), Dr. Jeniri Amir (Universiti Malaysia Sarawak).
Sebilangan wartawan terkenal, antaranya Encik T. Selva, Editor Bersekutu akhbar The Star turut menyampaikan ceramahnya.
Selain itu, para peserta juga mengadakan dialog mengenai peranan Parlimen Malaysia dengan Yang Di Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Mereka juga di bawa ke pusat peranginan di Port Dickon untuk menjalani latihan praktikal fotografi.
Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia diperkenal oleh MPI pada 2011. Pelancarannya ketika itu dilakukan oleh Ketua Setiusaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamarudin Siaraf mewakili Menterinya, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.
Program kedua Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia diadakan di Kuching, Sarawak dan yang ketiga di Kuala Lumpur.
Tekan sini untuk senarai peserta.
Tekan sini untuk senarai penceramah.
Tekan sini untuk program Zamalah 2014.
1. Peserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2014 bergambar selepas pelancaran program pada 6 Januari lalu. Duduk dari kiri : Mohd Faizul Fazrik bin Kamarudin (RTM), Juliana Sharin (Media Prima), Taha Rusydi Mohd. Nazri (Media Prima), Dato’ Chamil Wariya, CEO, MPI, Datuk A.Kadir Jasin, Ketua Pengarang, Berita Publishing Sdn Bhd, Tokoh Wartawan Negara 2011, Datuk Mustapa Omar, Pengarang Kumpulan, Harian Metro, Nurul Husna Mahmud (Metro Ahad), Nur Athira Syakina binti Juhaidi (Berita Publishing).
Barisan tengah dari kiri : Balsubra Maniam (RTM), Lee Chi Heng (Nanyang Siang Pau), Azzah Mohamad bt Md Som (BERNAMA) , Nurrul Huda binti Ahmad Lutfi (BERNAMA), Tharanya a/p Arumugam (News Straits Times), Kenny Thomas (Penerangan Sabah), Alia AainaIzyan binti Hasan (UtusanKarya), Diana Dominic (Penerangan Sabah), Anisfatheen binti Anuar (RTM), Siti Zubaidah Sekak (Dewan Bahasa dan Pustaka), Nur Asyikin binti Mayudin (Utusan Malaysia), Nur Syahirah binti Ramli (UtusanKarya).
Barisan belakang dari kiri : Samihah Mohamed Janum (BERNAMA), Mohd Hasrul bin Abdullah (Berita Publishing), Azlee Nor Mahmud (BERNAMA), Mohd Syukri Anwar (Dewan Bahasa dan Pustaka), Zaphne Philip (Utusan Sarawak), Joash Kong Xin-Chern (Borneo Post), Lum Chee Hong (Berita Harian).
2. Majlis Perasmian Program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia di rasmikan oleh Datuk A. Kadir Jasin di Malaysian Press Institute (MPI).
3. Datuk Mustapa Omar, Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Datuk A. Kadir Jasin, Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, Tokoh Wartawan Negara 2011, Dato’ Chamil Wariya, CEO, MPI beramah mesra dengan peserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2014.
4. Datuk A. Kadir Jasin, Ketua Pengarang, Berita Publishing Sdn Bhd, sedang menerangkan tentang Etika Kewartawanan: Antara Mitos & Realiti kepada Perserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2014.
5. Prof Dr. Azizah Hamzah, Ketua Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya sedang mendengar pendapat dari peserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2014 tentang Professionalisme Kewartawanan Malaysia.
6. Swandra Kim Chu Ramachandran, Pegawai Undang-Undang, Pejabat Peguam Negara, menerangkan tentang Perlembagaan Malaysia kepada perserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2014.
7. Sesi dialog, Polis DiRaja Malaysia – “Memagari Kedaulatan Undang-Undang” bersama Supt. S. Shanmugamoorthy, Legal and Prosecution Division (D5), Criminal Investigation Department Bukit Aman.
8. Cik Chin Mui Yoon, Penolong Pengarang Rencana, The Star menerangkan kepada peserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia tentang bagaimana untuk menghasilkan karya yang memenangi Anugerah Kewartawanan.
9. Peserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2014 mendengar ceramah Yang DiPertua Dewan Negara, YB Tan Sri Abu Zahar Ujang semasa lawatan ke Parlimen.
10. Peserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2014 bergambar bersama Yang DiPertua Dewan Negara, YB Tan Sri Abu Zahar Ujang. Duduk dari kiri : Lum Chee Hong, Zaphne Philip, Puan Maimunah Abd Rashid, YB Tan Sri Abu Zahar Ujang, Taha Rusydi Mohd. Nazri, Balsubra Maniam.
Berdiri dari kiri: Mohd Faizul Fazrik bin Kamarudin, Doreen Sharon Ling Yee Mei, Lee Chi Heng, Mohd Hasrul Abdullah, Mohd Syukri Anwar,Siti Zubaidah Sekak, Joash Kong Xin-Chern, Nurul Husna Mahmud, Tharanya a/p Arumugam, Nurrul Huda Ahmad Lutfi, Diana Dominic, Juliana Sharin, Samihah Mohamed Janum, Nur Syahirah Ramli, Anisfatheen Anuar, Nur Asyiki Mayudin, Kenny Thomas, Nur Athira Syakina Juhaidi, Alia Aaina Izyan Hasan.
11. YBhg. Profesor Salleh Buang , Pensyarah Tamu, Universiti Teknologi Malaysia/ Kolumnis “Land Matters”, New Straits Times menyampaikan ceramah tentang Media dan Undang-Undang – Pengenalan Etika Kewartawanan : Kod Etika, Serta Akta Mesin Cetak dan Akta Penerbitan.