PROLINTAS serah Set TV 65”

3 Oktober, Cyberjaya –  Malaysian Press Institute (MPI) menerima sebuah set televisyen lengkap daripada Projek Lintasan Kota Holdings atau lebih dikenali sebagai PROLINTAS.

Sumbangan itu diserahkan oleh Pengurus Komunikasi Korporat PROLINTAS, Encik Badri Ibrahim kepada Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya. Turut sama hadir mewakili PROLINTAS ialah Encik Mustafa Akmal Ariffin, Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat.

Dalam ucapan ringkas Datuk Dr. Chamil merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah kerana menerima serta meluluskan permohonan tajaan yang dihantar MPI.

Tambah Datuk Chamil, MPI kini dalam proses peralihan kursus kewartawanan yang lebih menjurus kepada bidang multimedia yang perlu dimiliki oleh pengamal media menerusi pelbagai bentuk latihan yang telah dan bakal dilaksanakan. Maka keperluan melengkapkan peralatan bersesuaian amatlah diperlukan bagi tujuan latihan.