Promosi pengambilan kedua program Master UUM-MPI

Khamis, 7 Mac – Malaysian Press Institute (MPI) bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan majlis taklimat mengenai program Master of Science (Managerial Communication) semalam di MPI, Kuala Lumpur untuk promosi Pengambilan Kedua pelajar baru bagi tahun 2013.

Taklimat tersebut disampaikan oleh Ketua Jabatan Komunikasi UUM, Dr Rosli Mohammed yang menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang dan syarat kemasukan program pengajian tersebut. Tiga pensyarah kanan dari jabatan sama yang turut bersama beliau ialah En. Azahar Kasim, Cik Awan Ismail dan Dr. Sobihatul Abdul Salam. Taklimat ini diakhiri dengan sesi soal jawab bersama calon-calon pelajar.

1. Datuk Chamil Wariya, CEO MPI (berdiri, kanan) mengalu-alukan kedatangan rombongan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diketuai Dr. Rosli Mohammed (duduk, tengah) dan pensyarah lain, En. Azahar Kasim (duduk pertama dari kiri) dan Dr. Sobihatul Abdul Salam (duduk pertama dari kanan).

2. Para pensyarah UUM ketika mendengar ucapan Datuk Chamil Wariya. Selain Dr. Rosli Mohammed, Dr. Sobihatul Abdul Salam dan En. Azahar Kasim, turut kelihatan ialah Cik Awan Ismail (duduk paling kiri).

3. Antara calon pelajar yang hadir mendengar taklimat.

4. Rombongan UUM bergambar kenangan dengan Datuk Chamil Wariya. Turut kelihatan ialah En. T. Selva, Ketua Pengarang Berita The Star (duduk lima dari kanan) yang juga merupakan Ahli Majlis Pentadbir MPI.

5. En. Azahar Kasim menerangkan sesuatu mengenai Program Master UUM-MPI yang menarik perhatian semua.