Promosi Pengambilan Keempat Program Master UUM-MPI

Jumaat, 22 November – Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (UUM) akan mengadakan Sesi Penerangan mengenai program Master of Science (Managerial Communication) pada Rabu, 27 November 2013 di Kampus UUM Kuala Lumpur, Jalan Raja Muda Abdul Aziz  jam 11.30 pagi untuk promosi Pengambilan Keempat pelajar baru bagi tahun 2014.

Sesi Penerangan tersebut disampaikan oleh Ketua Jabatan Komunikasi UUM, Dr Rosli Mohammed yang menjelaskan serba sedikit mengenai latar belakang dan syarat kemasukan program pengajian tersebut. Perkara-perkara yang dimaklumkan antaranya ialah tempoh pengajian satu setengah tahun, bantuan kewangan melalui gran MyBrain (Kementerian Pengajian Tinggi) dan silibus pelajaran yang ditawarkan.

Sesiapa yang berminat boleh memuat turun borang dari laman sesawang www.uum.edu.my/index.php/en/student/prospective-students/postgraduate  dan klik pada Postgraduate Admission Procedures bagi Awang Had Salleh Graduate School of Arts & Sciences, UUMCAS.

Syarat kelayakan memohon haruslah memperoleh sarjana pertama CGPA 2.75 ke atas atau sekiranya bawah 2.75 dengan pengalaman kerja 5 tahun ke atas atau diploma mana-mana IPTA dengan pengalaman kerja 10 tahun ke atas. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi CAS One Stop Centre, Tel : 604-928 5974/ 4996 atau Dr Rosli Mohammed, 019-4489998.