Kursus
REALITI MEMBENTUK PERSEPSI, STRATEGI BERKESAN DIPERLUKAN

REALITI MEMBENTUK PERSEPSI, STRATEGI BERKESAN DIPERLUKAN

Disediakan oleh: Shahirah Shukor

16 orang peserta terdiri daripada Malaysian External Trade Development Corporation (MATRADE), Sabah Tourism, UEM Group, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), PETRONAS dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) hadir mengikuti Kursus How to Handle the Media in Managing Perception pada 15 – 16 Februari 2023 bertempat di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya.


Kesemua peserta adalah pengamal perhubungan awam dan komunikasi korporat yang merupakan unit penting di dalam sesebuah organisasi dalam mempastikan imej atau jenama mendapat kepercayaan khalayak atau pemegang taruh masing-masing melalui strategi dan tindakan komunikasi berkesan.

Kursus selama dua hari yang dikendalikan oleh Datuk Badrul Hishamm Othman, Mantan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian membincangkan isu-isu dan persepsi terkini, strategi yang boleh dipraktiskan oleh peserta sebagai persediaan mendepani permasalahan tersebut.

Antara peserta yang ditemui, Peter Beh (PETRONAS) mengakui keberkesanan kursus anjuran MPI yang memberi pendedahan kepadanya bagaimana untuk menggunakan teknik-teknik yang diajar dalam mengubah persepsi demi kepentingan syarikat untuk jangka masa panjang.


Para peserta juga memberi maklumbalas, kepakaran tenaga pengajar membantu mereka memahami dan mendalami dengan lebih baik tentang subjek yang diajar dan mencadangkan supaya tempoh masa kursus dipanjangkan pada masa akan datang.

1.  Datuk Badrul Hisham merupakan Certified Trainer HRD Corp.
2. Gambar atas dan bawah: Para peserta bertungkus lumus mengerah idea bagi menyelesaikan tugasan latihan berkumpulan pada hari pertama  
3. Wakil kumpulan, Norshahida (JAPEN) membentangkan tajuk tugasan mereka iaitu mengenai isu ‘menu rahmah’
4. Datuk Badrul membantu salah satu kumpulan sewaktu sesi latihan pada hari kedua kursus
5. Lea (Sabah Tourism) dan Zulfadhly (JAPEN) antara wakil yang membentangkan hasil tugasan kumpulan mereka
6. Padu!.. Para peserta bergambar kenangan bersama penceramah di akhir kursus