Peserta Rebuilding Public Trust in the Media terima sijil tamat kursus
Seramai 6 orang peserta terbaik Rebuilding Public Trust in the Media telah menerima sijil penyertaan beserta koleksi buku-buku terbitan MPI pada 5 September 2019 yang lalu di The Language House, Petaling Jaya. Mereka ialah: Ali Imran bin Mohd. Noordin (BERNAMA), Mazlina Ismail (IKIM), Vanissa Gangadaran (Star), Idham bin Ishak (Jabatan Penerangan Malaysia), Yokananthini a/p Murugeesan (Jabatan Penerangan Malaysia) dan Dahliana Abdul Latiff @ Alia (The Language House). Manakala Asyraf bin Muhammad dari Sinar Harian tidak dapat hadir pada hari tersebut.
Program kali kedua berlangsung selama 4 hari dari 2 September lalu adalah anjuran bersama Malaysian Press Institute (MPI) dan Language House.
Pengurus Besar/Ketua Sekretariat MPI, Puan Norlida Jamain mewakili Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya telah menutup program tersebut dengan mengucapkan tahniah kepada setiap peserta dan mengalu-alukan penyertaan peserta untuk Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) bagi tahun hadapan.
Para peserta yang menamatkan kedua-dua program pertama dan kedua telah menerima sijil kehadiran masing-masing pada akhir program yang disampaikan sendiri oleh Eric Wishart, bekas ketua pengarang dan pengarang projek khas AFP Hong Kong yang merupakan penceramah bagi program tersebut. Pada petang itu juga Eric telah menerima satu bingkai gambar sebagai kenangan daripada para peserta dan Mazlina peserta dari IKIM pula telah dikejutkan dengan tiupan lilin sempena hari lahirnya oleh penceramah & rakan-rakan peserta kursus.