SAM pelawa wartawan sertai Anugerah SAM – Media 2012

SAM-KBS-MEDIA AWARDS 2012

PERSATUAN PENULIS-PENULIS SUKAN MALAYSIA (SAM) akan menganjurkan anugerah sukan tahunan pada bulan Februari 2013 di PJ Hilton, Petaling Jaya.

Anugerah tahunan ini dinamakan Anugerah SAM-KBS-MEDIA 2012.

Tetamu Kehormat pada majlis tahun ini adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib Tun Abdul Razak. Anugerah SAM-KBS-MEDIA 2012 ini akan diadakan pada sebelah pagi dan diikuti oleh jamuan makan tengah hari.

Anugerah tahun ini terbahagi kepada 6 kategori utama:

1. Atlet Terbaik SAM-100Plus

2. Anugerah Media SAM-KBS (6 kategori):

(a) Anugerah Utama (Open)
(b)  Laporan Berita Terbaik (Media Cetak)
(c) Laporan & Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik)
(d) Ulasan Sukan Terbaik  (Media Cetak)
(e) Laporan Khas Terbaik (Open – Media Cetak / Elektronik)
(f) Fotografi Sukan Terbaik

3. Anugerah Out-do Yourself

4. Anugerah SAM-Junior Achiever (Bawah 18)

5. Anugerah Khas (Persatuan Sukan)

6. Anugerah Comeback Athlete of the Year (Sponsor / SAM)

ANUGERAH ATLET TERBAIK SAM-100PLUS 2012

Pemenang anugerah ini akan menerima hadiah wang tunai RM10,000 tajaan 100Plus.

Pemilihan pemenang akan dipilih oleh semua ahli SAM. Ahli hanya perlu memangkah nama calon yang mereka fikirkan layak untuk menerima anugerah ini. Calon-calonnya adalah Datuk Lee Chong Wei, Pandalela Rinong, Muhamad Ziyad Zolkefli dan Hasihin Sanawi iaitu atlet-atlet yang memenangi pingat pada Sukan Olimpik 2012 dan Sukan Paralimpik 2012.

Calon yang menerima undian paling tinggi akan diumum sebagai pemenang.

ANUGERAH MEDIA SAM-KBS 2012

Anugerah ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM40,000.

Enam kategori akan dipertandingkan dan yang terbaik daripada enam pemenang akan diumumkan sebagai pemenang utama iaitu Anugerah Terbaik Keseluruhan.

Pemenang bagi kategori Anugerah Terbaik Keseluruhan akan menerima hadiah utama berjumlah RM7,000 dan trofi.

Pemenang bagi enam kategori lain akan menerima RM3,000 dan trofi.

Lima pencalonan yang disenarai pendek masing-masingnya akan menerima RM500.

Penyertaan dari pihak televisyen memerlukan tiga (3) salinan CD, begitu juga tiga (3) salinan rencana/bahan untuk surat khabar dan untuk kategori Fotografi Sukan Terbaik, satu (1) salinan sahaja diperlukan.

Salinan fotostat kad keahlian SAM juga perlu disertakan sekali dengan borang penyertaan.

Sila hantar rencana atau artikel (dari Januari – Disember 2012) kepada panel hakim untuk memilih pemenang-pemenang.

 

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH 31HB DISEMBER 2012.

SEMUA PENYERTAAN HENDAKLAH DIHANTAR KE PEJABAT SAM PADA ATAU SEBELUM TARIKH TUTUP – TINGKAT 2, WISMA OCM, JALAN HANG JEBAT KUALA LUMPUR.