Sanjungan Zamalian 2013 menyentuh hati warga MPI

Sejajar dengan matlamat penubuhannya, mengadakan kursus untuk para wartawan adalah tugasan teras utama dan rutin Malaysian Press Institute (MPI).

Fenomena para peserta kursus datang dan pergi adalah perkara biasa bagi warga MPI.

Selepas kursus berakhir, para peserta pulang ke organisasi berita masing-masing untuk meneruskan rutin harian mereka kerana MPI hanyalah tempat persinggahan sementara.

Staf latihan MPI pula melaksanakan program latihan seterusnya tanpa mendengar khabar berita daripada kumpulan peserta sebelumnya.

Melupakan dan dilupakan adalah lumrah dalam kehidupan.

Tetapi tidak dengan 24 orang peserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2013.

Benar, seperti para peserta kursus sebelum ini, mereka meninggalkan MPI setelah kursus tiga minggu yang bermula pada 7 Januari berakhir pada 25 Januari 2013, tetapi dengan satu perbezaan dan kejutan yang amat menyenangkan.

Mereka tidak mahu melupakan warga MPI begitu sahaja.

Sebaliknya, sebagai tanda mereka ingin mahu terus diingati oleh warga MPI pada pagi Selasa iaitu 29 Januari 2013 iaitu empat hari selepas kursus yang dihadiri berakhir, mereka  mengirim sejambang bunga bersama dua hadiah lain – setengah dozen gelas dan food dispenser serta tiga keping kad dengan kata-kata yang menyentuh hati dan perasaan.

Menggelar diri mereka sebagai Zamalian 2013, pada salah satu kad yang ditujukan kepada Dato’ Chamil and Team itu tercatat:

You have a way of doing things

With a very special touch

That’s why

It is such a treat to say

Thank you very much

Pada satu kad yang lain mereka menzahirkan “ so much gratifications for the zillions of love to us… it is just tokens of our appreciation.

Berbudi bahasa sungguh mereka.

Gelas dan food dispenser itu kami tempatkan di pantri MPI dan setiap hari sewaktu warga MPI minum atau makan, tidak kiralah pagi, tengah hari atau petang mereka akan mengingati keletah 24 orang peserta Zamalah Wartawan Muda 2013 itu. Kata-kata tersirat mereka “eat and eat us too” tentulah menjadi kenyataan.

Sebagai tanda kenangan abadi MPI kepada mereka, kami rakamkan hadiah ikhlas Zamalian 2013 itu.

IMG_7102a1. Dari kanan: Wajah-wajah riang Datuk Chamil, Maimunah dan Norhafizah bersama hadiah kenangan Zamalian 2013.

IMG_7106a2. Inilah hadiah-hadiah sebagai tanda terima kasih para peserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2013.

IMG_7109aIMG_7110aIMG_7111a

IMG_7113a

3. Kad-kad kiriman Zamalian 2013 – dengan kata-kata sanjungan yang cukup menyentuh perasaan. Warga kerja MPI menghargai sanjungan yang diberikan – Terima kasih.