Kursus
SEDIAKAN KENYATAAN MEDIA YANG BERI KEUTAMAAN CAPAIAN KEPADA RAKYAT DAHULU– VEENA RUSLI

SEDIAKAN KENYATAAN MEDIA YANG BERI KEUTAMAAN CAPAIAN KEPADA RAKYAT DAHULU– VEENA RUSLI

Disediakan oleh : Shahirah Shukor

14 orang pegawai perhubungan awam/komunikasi korporat mewakili organisasi masing-masing hadir menyertai Kursus PR & The Media: Meeting Halfway pada 21 – 22 Julai bertempat di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya.

Veena Rusli, Pengarang Berita dari Berita Harian merupakan HRDC Certified Trainer bertindak sebagai penceramah berjaya memberi pendedahan kepada realiti cara kerja orang media, pelbagai tips dan “trick” dikongsikan sebagai panduan menyediakan kenyataan media yang berkesan dan terpilih untuk disiarkan.

Menurut Veena antara kesalahan utama yang dilihat ketika menerima kenyataan media untuk siaran yang dihantar oleh Jabatan Komunikasi Korporat antaranya pengesanan pengulangan kenyataan siaran walaupun terdapat pertukaran ayat yang digunakan selain tidak mengutamakan manfaat kepada khalayak atau penerima.

Bagi memberi gambaran sebenar, latihan praktikal dibuat bagi memperlihat situasi sebenar bagaimana para peserta mengendalikan soalan-soalan media berdasarkan jalan cerita di dalam kenyataan media yang disediakan oleh peserta.

Veena juga menasihatkan hubungan baik dan kepercayaan perlu diwujudkan dalam kalangan pengamal media dan pegawai perhubungan awam/ komunikasi korporat untuk mendapat lebih perhatian oleh pihak media dalam justifikasi pemilihan siaran kenyataan media.

Veena Rusli mendedahkan pegawai perhubungan awam perlu mengetahui sisi sebenar ketika media bekerja.

Para peserta tekun mendengar dengan penuh minat perkongsian daripada penceramah.
Sesi Latihan Praktikal berdasarkan kenyataan media yang dibuat bersama. Masing-masing memainkan peranan sebagai pengacara majlis, wakil jurucakap syarikat dan media yang hadir membuat liputan.
Antara reaksi lucu para peserta yang dirakamkan ketika mendengar komen daripada penceramah
Tamat kursus!
 
Belakang dari kiri: Nazuri (MPOGCF), Fazly (Tourism), Khairul (Tourism), Sharina (Pharmaniaga) dan Nazren (PLUS).
 
Depan dari kiri: Reena (DRB-HICOM), Farah (PKPS), Rofina (PLUS), Nora (UNITEN), Veena Rusli, Azmunira (KPBKL), Loh Pit Mui (SPAN) dan Rachel (DRB-HICOM).