SEJARAH TERCIPTA SETELAH 41 TAHUN PENGANJURAN MWM
Buat julung kali anugerah kewartawanan berprestij anjuran MPI ini memperlihat konsep baharu apabila pemenangnya diumumkan oleh penerima Hadiah Kajai pada penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia 2021 (HKM 2021) di Majlis Malam Wartawan Malaysia 2022 (MWM 2022).
Majlis yang berlangsung dengan penuh gemilang di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur ini juga memperlihatkan Tokoh Wartawan Negara ke-12, Tan Sri Johan Jaaffar sebagai Tetamu Kehormat. Ini kali pertama dalam sejarah 41 tahun penganjuran program yang sangat bermakna ini, wartawan diberikan penghormatan.
Majlis yang dihadiri seramai lebih kurang 600 orang tetamu terdiri daripada ketua-ketua pegawai eksekutif, ketua pengarang, pengarang kumpulan serta para wartawan media di alam nyata dan alam maya, para ahli akademik bidang media, kewartawanan dan komunikasi, wakil-wakil kementerian dan sahabat-sahabat korporat MPI telah hadir memeriahkan majlis tersebut.
Untuk rekod, seramai 42 orang pemenang EMAS telah menerima hadiah masing-masing berupa wang tunai berjumlah RM10,000, trofi dan sijil penghargaan yang diterimanya di atas pentas manakala 46 orang pemenang hadiah PERAK dan 26 orang pemenang hadiah GANGSA mengambil hadiah masing-masing di ruang pendaftaran yang disediakan.
Dua (2) orang pemenang Anugerah Khas telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat, Tan Sri Johan Jaaffar dan Datuk Sazali Hamzah, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Hiliran, PETRONAS manakala pemenangnya telah diumumkan oleh Datuk Dr Chamil Wariya, selaku Pengerusi MWM 2022.
Rakaman gambar-gambar:
Para pemenang HKM 2021 bergrup foto sambil bersorak gembira bersama hadiah masing-masing pada majlis penutup Malam Wartawan Malaysia 2022.