Sekitar bengkel perhubungan media Pos Malaysia

Dalam usaha untuk melengkapkan pegawai-pegawai kanannya dengan ilmu menjalin hubungan yang baik dengan media, Pos Malaysia telah mengadakan Bengkel Perhubungan Media pada 29 Ogos 2012. Bengkal sehari itu dijayakan dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI). Para penceramah pula terdiri daripada pengamal media yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

1 dan 2: Sebahagian peserta bengkel perhubungan media Pos Malaysia.

3. Datuk Wong Sai Wan, eksekutif editor The Star menyampaikan ceramahnya.

4. B. Sidhu, penolong pengarang berita bisnes, The Star, bercakap tentang penganjuran persidangan media yang berkesan.

5. Puan Yusanani pula menyampaikan ceramah bagaimana untuk tampil wibawa apabila muncul dalam program TV.

6. Peserta melakukan latihan amali berbicara dihadapan kamera  – diperhatikan oleh Puan Yusanani.

7. Bengkel berakhir – Puan Yusanani menyampaikan sijil kehadiran kepada YBhg. Dato’ Khalid Abdol Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang turut serta dalam bengkel tersebut.