Selamat Datang ke Dunia Tenaga Pengajar Profesional HRDC
13 orang peserta berjaya menamatkan program Train The Trainer Certification Program (TTT) yang telah berlangsung selama lima hari bermula pada 30 Januari, 31 Januari, 7 Februari, 8 Februari dan 14 Februari secara atas talian.
Lima hari yang padat itu tidak menjejaskan komitmen yang diberikan oleh setiap peserta malah penglibatan aktif melalui perkongsian santai, perbincangan, sesi soal jawab sepanjang tempoh kursus amatlah dikagumi.
Kini mereka telah bergelar Certified Trainer. Bagi membolehkan mereka ditauliahkan sebagai Accredited Trainer, kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh HRD Corp perlu mereka penuhi, Bagi tujuan tersebut HRD Corp akan membuat penilaian penuh ke atas program latihan yang dikendalikan oleh mereka sebagai tenaga pengajar. Status penilaian akan dimaklumkan dan sekiranya layak mereka akan ditauliahkan sebagai Accredited Trainer bagi tempoh 3 tahun.
Untuk menjadi seorang tenaga pengajar berkemahiran, ianya menuntut satu proses yang panjang dan berterusan. Namun dengan bantuan latihan TTT ini, ia memberikan gambaran baharu tentang dunia latihan dengan suntikan keseronokan mengajar serta berkongsi ilmu kepada audiens masing-masing.