Selepas 52 tahun beroperasi, akhirnya MPI punya pejabat sendiri

Semalam – 8 November 2017 – bertempat di Cyberview Lodge Resort, Cyberjaya telah berlangsungnya majlis penyerahan kunci unit-unit ruang pejabat yang dibeli oleh Malaysian Press Institute (MPI) bagi dijadikan tempat ia beroperasi mulai Januari 2018.

Majlis penyerahan kunci tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan EMKAY, YBhg Dato’ Hajah Fazwinna Tan Sri Mustapha Kamal kepada MPI yang diwakili oleh YBhg Datuk Dr. Chamil Wariya, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI.

Majlis bersejarah buat MPI itu turut disaksikan bersama dengan kehadiran Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Ahli Majlis Pentadbirnya dan Puan Hajah Farah Mahami Tan Sri Mustapha Kamal, Pengarah Urusan Kumpulan EMKAY,

Kalangan Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang hadir adalah Datuk Mustapa Omar dan Dr. Mohd Safar Hasim. Manakala Datuk Zakaria Abd Wahab, Encik T. Selva, Encik Mohd Azri Atan, Encik Choo Joon Kian dan Encik Foo Tick Fat hadir mewakili Ahli Majlis Pentadbir MPI.

Majlis yang dimulakan dengan taklimat berkenaan Radius Business Park disampaikan oleh Puan Mazrita Mazlan, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan EMKAY. Dalam ucapannya beliau yakin bahawa MPI membuat keputusan yang tepat dengan memilih Radius sebagai pusat operasinya kerana pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang ada di Cyberjaya. Selain turut mengalu-alukan jalinan kerjasama strategik antara MPI dan Kumpulan EMKAY pada masa akan datang.

Sementara itu, Datuk Dr. Chamil merakamkan penghargaan MPI khusus kepada YBhg Tan Sri Mustapha Kamal yang memberikan diskaun pembelian sebanyak 17% menjadikan harga yang dibayar RM1.55 juta dan memaklumkan bahawa keputusan dibuat oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah dengan restu Ahli Majlis Pentadbirnya setelah menimbangkan beberapa faktor utama yang mempengaruhinya.

Datuk Chamil turut menambah bertepatan dengan perkembangan semasa teknologi – digital, konvergen dan multimedia atas talian, tibalah masanya MPI dijenamakan semula dengan memfokuskan kepada latihan kewartawanan digital khususnya.

Para tetamu dan media kemudiannya dibawa ke lokasi pejabat MPI di Radius Cyberjaya sambil diberikan taklimat ringkas oleh pengurusan EMKAY.

Rakaman gambar-gambar:

  1. Pendaftaran

RadiusSerahKunci 01Keterangan gambar 1-3: Antara wartawan yang hadir membuat liputan mendaftarkan diri masing-masing, kelihatan Puan Ramizah (kanan) mengendalikan meja pendaftaran.

  1. Sebelum majlis bermula

RadiusSerahKunci 02Keterangan gambar:

Gambar 4 : Datuk Dr. Chamil Wariya (kanan sekali) berbual mesra bersama wartawan daripada RTM, TV3 dan BNC (Bernama News Channel)

Gambar 5,6,7,10,11 dan 12 : Para tetamu mengambil tempat masing-masing sebelum majlis dimulakan

Gambar 8: Dari kanan – Di meja utama kelihatan Datuk Zakaria Abd Wahab; Encik T. Selva; Datuk Mustapa Omar; Datuk Dr. Chamil Wariya; Dato’ Hajah Fazwinna Tan Sri Mustapha Kamal; Puan Hajah Farah Mahami Tan Sri Mustapha Kamal; Dr. Mohd Safar Hasim dan Encik Rohan Abd Manap.

  1. Taklimat oleh wakil EMKAY

RadiusSerahKunci 03Keterangan gambar :

Gambar 13 : Puan Mazrita Mazlan, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan EMKAY memberikan taklimat ringkas tentang pembangunan Kompleks Perniagaan Radius di mana terletaknya unit-unit pejabat yang dibeli oleh MPI kepada para tetamu.

Gambar 14- 19 : Para tetamu memberikan tumpuan kepada taklimat yang disampaikan.

  1. Ucapan Alu-aluan Ketua Pegawai Eksekutif MPI

RadiusSerahKunci 04Keterangan gambar 20 : Antara reaksi spontan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya ketika menyampaikan ucapan aluannya sempat dirakamkan oleh jurukamera MPI.

  1. Majlis Penyerahan Kunci

RadiusSerahKunci 05

Keterangan gambar 21 : Dari kiri, Puan Hajah Farah Mahami Tan Sri Mustapha Kamal, Pengarah Urusan Kumpulan EMKAY; Ahli Majlis Pentadbir – Encik Choo Joon Kian; Encik Foo Tick Fat; Encik Mohd Azri Atan; Ahli Lembaga Pemegang Amanah – Dr. Mohd Safar Hasim; Dato’ Hajah Fazwinna Tan Sri Mustapha Kamal, Pengarah Eksekutif Kumpulan EMKAY; Datuk Dr. Chamil Wariya, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI; Datuk Mustapa Omar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI, Ahli Majlis Pentadbir MPI – Encik T. Selva, Datuk Zakaria Abd Wahab dan Puan Mazrita Mazlan, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan EMKAY bergambar kenangan.

Keterangan gambar 22:  Datuk Mustapa Omar (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Dato’ Hajah Fazwinna (kiri) sambil disaksikan oleh Datuk Dr. Chamil Wariya (tengah).

  1. Sidang media

RadiusSerahKunci 06Keterangan gambar 23: Para wartawan menemuramah Datuk Dr. Chamil Wariya berkenaan pejabat baharu dan perancangan MPI pada tahun hadapan.

  1. Lawatan ke pejabat baharu MPI

RadiusSerahKunci 07 Keterangan gambar 24: Datuk Dr. Chamil Wariya dan Dato’ Hajah Fazwinna memotong riben menandakan secara rasminya unit-unit pejabat yang dibeli telah diserahkan kepada MPI sambil disaksikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Ahli Majlis Pentadbir.

RadiusSerahKunci 08Keterangan gambar 25: Datuk Dr. Chamil Wariya (tengah) menerima replika kunci unit-unit pejabat MPI daripada Dato’ Hajah Fazwinna Tan Sri Mustapha Kaman (kanan sekali).

Turut kelihatan Ahli Majlis Pentadbir dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI dari kiri Encik Foo Tick Fat, Datuk Zakarian Abd Wahab, Encik Mohd Azri Atan, Dr. Mohd Safar Hasim dan Datuk Mustapa Omar.

RadiusSerahKunci 09Keterangan gambar 26: Antara aksi-aksi para tetamu yang meninjau dua ruang unit pejabat MPI. Turut sama menyertai tinjauan adalah para wartawan yang membuat liputan.