MPI release
Serah Tugas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MPI

Serah Tugas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MPI

Satu sesi serah tugas mantan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Dr. Chamil Wariya kepada Ketua Pegawai Eksekutif MPI yang baharu, Datuk Mustapa Omar telah berlangsung pada Jumaat, 8 September 2023.

Manakala pada Khamis, 14 September 2023 mantan CEO telah diraikan oleh Ahli Majlis Pentadbiran & sekretariat MPI pada jamuan makan tengahari yang turut dihadiri oleh CEO baharu Datuk Mustapa Omar & Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI.

Untuk rekod, Datuk Dr Chamil Wariya telah berkhidmat dengan cemerlang selama 16 tahun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MPI.

Kami di MPI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas segala jasa dan khidmat Datuk Chamil sepanjang tempoh tersebut.

Kami turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada Datuk Mustapa Omar ke MPI sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MPI yang baharu.