ANUGERAH
SESI PEMUKIMAN HKM MPI-PETRONAS BERAKHIR DENGAN LANCAR

SESI PEMUKIMAN HKM MPI-PETRONAS BERAKHIR DENGAN LANCAR

Alhamdulilah pemukiman MPI untuk memuktamadkan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS bagi tahun 2023 hingga 2025 yang bermula kelmarin di Pulse Grande Hotel Putrajaya berakhir jam 3 petang tadi 20 Disember 2022.

Turut menyertai pemukiman hari kedua ialah dua orang pegawai PETRONAS, Encik Helmi Abdul Majid dan Encik Nabil.

Pada hari pertama pemukiman disertai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Ahli Majlis Pentadbir MPI.

Dalam pemukiman itu banyak pandangan dan cadangan bernas telah dikemukakan untuk menyusun semula pengkategorian HKM bagi memastikan ia selari dengan ekosistem dan landskap kewartawanan dan media era digital.

Berdasarkan cadangan-cadangan yang dikemukakan MPI akan merangka kertas cadangan untuk dikemukakan kepada pihak PETRONAS bagi persetujuan dalam masa terdekat.

Kertas cadangan itu akan memperincikan kategori baharu yang dicadangkan lengkap dengan kuantum hadiah wang tunai yang ditawarkan bagi setiap kategori.

PETRONAS merupakan penaja HKM bermula 1994 dengan nilai tajaan RM70,000.

Nilai tajaan dinaikkan kepada RM100,000 pada tahun 2005 dan seterusnya kepada RM300,000 pada 2009 dan kekal sehingga 2022.

Pembentangan oleh Puan Norhafiza Kamaluddin, berdiri kanan, Ketua Pentadbiran dan Pengurusan Acara MPI.
Datuk Dr. Chamil Wariya memberi pandangan pada sesi pemukiman.
Peserta pemukiman serius berbincang.
Helmi Abdul Majid, mewakili PETRONAS.
Serius berbincang.
Dr. Diane Dominic Munting mewakili Persatuan Wartawan Sabah dan Encik Helmi
Puan Sri Diah Shaharuddin mewakili Kumpulan Media Karangkraf.
Encik Choo mewakili Sin Chew Daily.
Datuk Mustapa Omar
Berfoto kenangan selepas pemukiman berakhir.