Kursus
Sesi Perkongsian dalam Forum bersama Editor

Sesi Perkongsian dalam Forum bersama Editor

Slot sesi perkongsian dalam Forum bersama Editor untuk Kursus Teknik Penulisan Artikel di Media Massa ini telah dihadiri oleh 2 orang pengarang dari 2 organisasi media yang berbeza iaitu Encik Sharanjit Singh dari New Straits Times dan Encik Mohamad Azlan Jaafar dari Utusan Malaysia.

Penampilan khas yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman oleh pengarang-pengarang tersebut bersama penjawat awam & agensi kerajaan antara lain adalah untuk menerangkan apa yang diperlukan oleh mereka jika mereka ingin menulis artikel yang berkualiti dan dapat diterbitkan di media massa.

Hari ketiga program Lensa Ilmu ini juga telah dibimbing oleh YBhg Datuk Dr. Chamil Wariya selaku penceramah dan juga moderator pada sesi Forum dan disambung semula sehingga tamat pada sesi petang.

Kursus yang dihadiri seramai 25 orang pegawai gred 41 ke atas daripada pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian di Malaysia ini telah diadakan pada 25 Oktober 2023 di INTAN, Bukit Kiara.

Para peserta telah berpeluang untuk bertanyakan soalan yang terbuku di hati mengenai media dan artikel kepada ahli panel & penceramah semasa sesi berlangsung.

Perkongsian ilmu oleh 3 figura ini telah membuka mata para peserta yang rata-rata berpendapat pengalaman mereka sangat luas terutama dalam industri media dan kewartawanan berkenaan penulisan artikel.

Moderator Datuk Dr. Chamil Wariya bersama Encik Sharanjit Singh dari New Straits Times serta Encik Mohamad Azlan Jaafar dari Utusan Malaysia sebagai penampilan khas.
Sesi perkongsian oleh Encik Mohamad Azlan Jaafar dari Utusan Malaysia.
Sesi bergambar bersama peserta sebagai kenang-kenangan selepas Forum berakhir
Sesi perbincangan menjalankan tugasan yang diberi oleh penceramah mengikut kumpulan