Shima, Rahimy peserta terbaik Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2013

Penerbit berita RTM, Norhashimah Jamaluddin dan wartawan akhbar The Star, Rahimy A. Rahim muncul sebagai peserta terbaik Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2013 anjuran MPI, yang berakhir pada 25 Januari lalu.

Mereka menewaskan 22 peserta lain yang mengikuti program tiga minggu itu.

Pemilihan mereka sebagai peserta terbaik dibuat secara sebulat suara oleh tenaga pengajar Zamalah yang terdiri daripada para wartawan veteran dan ahli akademik yang pakar dalam bidang masing-masing.

Selain sijil, Norhashimah dan Rahimy menerima hadiah satu pesalinan kain batik sutera serta buku-buku kewartawanan yang diterbitkan oleh MPI.

Norhashimah yang lebih dikenali dengan nama manjanya S. Jay dikalangan peserta Zamalah mula berkhidmat dengan RTM pada 2005.

Beliau adalah pemegang Diploma Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia; ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam, Universiti Teknologi Malaysia dan kini sedang mengikut ijazah Sarjana Sains Komunikasi di Universiti Malaya.

Rahimy mula berkhidmat dengan akhbar The Star sebagai wartawan pada 2011. Beliau adalah pemegang ijazah pertama dari University of Melbourne dalam bidang media dan komunikasi.

Sewaktu ditemui selepas majlis penutupan Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia, mereka sependapat bahawa program itu bermanfaat untuk mereka menajamkan kemahiran dan pengetahuan kewartawanan mereka.

“Lebih daripada itu, program ini menambah ilmu kami berkait isu-isu kenegaraan yang kami rasa amat penting untuk kami memahami bagaimana negara ini berfungsi,” kata mereka.

Pada majlis penutup Zamalah, Norhashimah juga dipilih oleh para peserta lain untuk mewakili mereka menyampaikan ucapan mengenai program it

Shima1. Norhashimah (kanan) menerima sijil dan sepesalinan kain batik setelah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2013.

Rahimy2. Rahimy (kanan) peserta terbaik lelaki Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2013 menerima hadiah daripada Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya di akhir program pada 25 Januari 2013.