SIARAN MEDIA: YAB PREMIER SARAWAK RASMI PENUTUPAN PROGRAM MPI

Cyberjaya, 22 Oktober 2024 – Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg mengesahkan kehadiran sebagai tetamu kehormat Majlis Penutupan Program Latihan untuk Wartawan Sarawak yang bakal berlangsung pada 24 Oktober 2024, bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Kuching, Sarawak.

“MPI menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak yang sentiasa memberikan sokongan dan bantuan kepada Malaysian Press Institute (MPI) dalam memantapkan pengetahuan dan pengamal media Sarawak’’, kata Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong.

Tambahnya, “Kita yakin dan percaya sokongan berterusan YAB Premier Sarawak dalam latihan dan kecekapan, akan menjadikan Sarawak sebagai Hub Kecemerlangan Wartawan yang berkemahiran teknologi dengan mengekalkan pelaporan berfakta dan telus serta tepat disampaikan kepada masyarakat”.

Seramai 150 pengamal media Sarawak hadir mengikuti tiga program latihan berimpak tinggi  anjuran Malaysian Press Institute (MPI).  Tiga program tersebut adalah Kursus Kewartawanan Foto, Workshop on Journalism in a New Media World dan Kursus Kewartawanan Data 2.0: Sentimen Analisis.

Kehadiran YAB Premier disahkan oleh beliau melalui sepucuk surat bertarikh 10 Oktober 2024 yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Kanan, YBhg Datuk Dr. Hj Khir Hj Busrah.

MALAYSIAN PRESS INSTITUTE
22 Oktober 2024