TANGANI DAN KENAL PASTI BERITA PALSU DAN UCAPAN KEBENCIAN DENGAN LEBIH EFEKTIF
Kursus “Countering Fake News & Hate Speech” pada 15 dan 16 Mac 2023 dibimbing oleh Encik Munir Anaam Zuljadan, yang menggelarkan dirinya sebagai Digital Evangelist bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta untuk mengenal pasti cara dan kaedah yang tepat dalam memerangi berita palsu dan ucapan berbaur kebencian terhadap organisasi masing-masing.
Seramai 8 orang peserta dari JAPEN, Tenaga Nasional Berhad, KDEB Waste Management dan LADA mengikutinya. Dua peserta menarik diri pada saat-saat akhir kerana faktor kesihatan.
Pada hari pertama, modul telah disampaikan secara teori oleh Encik Munir. Banyak terma dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan oleh para peserta bagi menambahbaik sistem khidmat pelanggan mereka termasuk melalui laman web dan platform media sosial organisasi masing-masing. Penceramah turut memperkenalkan kepada para peserta beberapa perisian yang boleh digunakan untuk mengenal pasti berita palsu.
Hari kedua menyaksikan semua peserta terlibat dengan latihan praktikal bagi mempastikan mereka menguasai penggunaan perisian dan mengaplikasikan kaedah yang telah dipelajari pada hari pertama.
Hasilnya, para peserta berpuas hati apabila mereka dapat mempelajari dan mengetahui secara terperinci perisian dan kaedah yang lebih praktikal dalam menambahbaik platform media sosial dan laman web perhubungan pelanggan mereka.
Untuk rekod, lapan peserta yang hadir kursus ini merupakan mereka yang terlibat secara langsung dalam mengurus dan mengendalikan platform media sosial dan laman web perhubungan pelanggan organisasi masing-masing.
RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR