Terima kasih Ambia!

15 Februari, Cyberjaya – 39 tahun perkhidmatan dengan MPI, Puan Ambia Abd Hamid atau lebih mesra disapa Kak Ambia oleh rakan sekerja MPI merupakan seorang pegawai senior yang mempunyai pengalaman hebat dan banyak menyaksikan proses transisi MPI.

Bermula sebagai pembantu operasi dan posisi sebagai Eksekutif Latihan menjadi jawatan terakhir beliau.

Memilih untuk bersara awal atas faktor-faktor peribadi dan kesihatan, keputusan itu diterima baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi MPI.

Sumbangan berbentuk kewangan dan pelbagai barangan keperluan asas diserahkan kepada Puan Ambia. Dalam ucapan ringkas, Puan Ida berharap agar sumbangan kecil ini dapat membantu Puan Ambia menjalani kehidupannya bersama anak-anak dan mendoakan beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

Sementara itu, Puan Ambia yang kehilangan suami tercinta akibat Covid-19 pada awal Ogos 2021 menyatakan kesyukuran dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan kepada beliau.

Sumbangan kewangan disampaikan kepada Puan Ambia
Puan Fiza menyerahkan sumbangan pelbagai bentuk keperluan barangan asas kepada Puan Ambia.
Wajah dan celoteh yang senantiasa dirindui warga MPI.