ANUGERAH
‘TERIMA KASIH DAUN KELADI’

‘TERIMA KASIH DAUN KELADI’

Satu majlis bagi meraikan para penyumbang Malam Wartawan Malaysia 2022 (MWM 2022) telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Jun 2022 bertempat di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

Manakala majlis berprestij Malam Wartawan Malaysia 2022 pula bakal berlangsung di hotel yang sama pada 24 Jun 2022 untuk memberi pengiktirafan kepada para wartawan yang telah menghasilkan pelbagai genre karya kewartawanan yang diiktiraf cemerlang menerusi Hadiah Kewartawanan Malaysia.

Seramai 91 orang tetamu yang mewakili 31 organisasi korporat telah hadir pada majlis eksklusif itu sebagai penghargaan MPI khusus buat penaja acara tahunan MPI itu.

Pada tahun ini, MPI telah menerima sumbangan dan tajaan daripada 46 organisasi meliputi badan korporat, kementerian, agensi kerajaan, kerajaan negeri dan organisasi media. Secara kolektif, jumlah tajaan yang diterima berjumlah RM402, 000.00

PETRONAS merupakan penaja utama Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI – PETRONAS 2021 (HKM 2021) dengan nilai tajaan RM300, 000.00 yang akan diberikan kepada para pemenang HKM 2021.

Sekali lagi pihak MPI ingin merakamkan penghargaan mendalam dan tulus ikhlas terutama kepada PETRONAS atas penajaan HKM dan kepada semua penyumbang dan penaja Malam Wartawan Malaysia 2022.

Rakaman gambar-gambar:

Gambar kenangan bersama para penyumbang Malam Wartawan Malaysia 2022

1. PETRONAS selaku penaja utama Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI – PETRONAS 2021. YBhg. Datin Anita Azrina A Aziz, Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS hadir menyerahkan replika sumbangan kepada Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI).
2. YBhg. Datuk Mustapa Omar (kiri) mewakili MPI, menerima replika cek sumbangan DRB-HICOM daripada Encik Mahmood Razak Bahman, Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan.
3. Puan Azmin Hamzah, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Export-Import Bank Of Malaysia Berhad (EXIM BANK) menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM 20,000.
4.  Sokongan secara berterusan juga diterima daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Puan Shukreen Ma, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM 20,000.
5. Penajaan RM 15,000 disampaikan oleh Encik Azmi Abdullah, Timbalan Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat, Tourism Malaysia.
6.  Puan Heida Hew Lee Fing, Naib Presiden Kanan Penjenamaan & Perkhidmatan Pemasaran Kumpulan, Komunikasi Korporat Dan Pemasaran Kumpulan Ambank Berhad, menyampaikan sumbangan bernilai RM10,000.
7.  Bank Simpanan Nasional (BSN) diwakili oleh Puan Noorzuriaty Mohd Yazit, Naib Presiden Bahagian Hal Ehwal Korporat BSN, tampil menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM 10,000.
8.  Puan Wan Esuriyani Wan Ahmad, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Indah Water Konsortium, menyerahkan replika cek sumbangan yang unik kepada Dr. Safar Hasim yang mewakili MPI.
9. Wakil Lembaga Tabung Haji, Encik Ahmad Shahriman Johari, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat hadir menyerahkan replika cek sumbangan.
10.  Replika cek sumbangan berbentuk beras sebanyak RM10,000 disampaikan oleh Encik Mohd Zulhelmy Ismail, Pengurus (Pengurusan Media) Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), yang mendapat perhatian penuh daripada tetamu yang hadir dek kerana replika yang lain daripada biasa.
11. Puan Mirhani Cecilia Abdul Rahman Heinrich, Pengurus Komunikasi Korporat Bahagian Hal Ehwal Awam, mewakili Public Bank Berhad juga menyokong penganjuran MWM 2022 dengan nilai sumbangan RM10,000.
12.  Putrajaya Holdings Sdn Bhd juga memberikan sokongan yang memberangsangkan untuk hadiah HKM 2021 dengan menyerahkan sumbangan sebanyak RM 20,000. Sumbangan diserahkan oleh Puan Noor Izlina Idris, Ketua Strategi Perniagaan & Komunikasi.
13. Puan Aslina Mohd Amin, Eksekutif Komunikasi Korporat mewakil Ranhill Capital Sdn Bhd, menyerahkan replika cek bernilai RM10,000 kepada Puan Sri Diah Shahruddin (kiri) wakil daripada MPI.
14. Sime Darby Plantation diwakili oleh Puan Rosnazura Idris dengan menyerahkan nilai sumbangan sebanyak RM 10,000.
15. Wakil dari Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME BANK), Encik Mohd Nasrulhanis Ruslan, Ketua Seksyen Perhubungan Awam SME Bank, menyerahkan replika cek bernilai RM 10,000.
16. Sumbangan sebanyak RM 10,000 diterima daripada Sunway Services Sdn Bhd dan penyerahan replika cek diwakili oleh Encik Ernest Chua, Pengurus Komunikasi Korporat.
17.  Serahan cek replika dengan nilai tajaan RM 10,000 disampaikan oleh Cik Isabella Lee, Eksekutif Komunikasi Korporat, Top Glove Corporation Berhad.
18. Encik Muhammad Haniff Mohammad Ali, Ketua Unit Tanggungjawab Korporat, Komunikasi Korporat, wakil dari UEM Edgenta Berhad, menyerahkan replika sumbangan bernilai RM 10,000 kepada Encik Choo Joon Kian (kiri), mewakili MPI.
19. Affin Bank Berhad, diwakili oleh Puan Amirah Aliah Azlan, Eksekutif Jabatan Komunikasi Strategik Affin Bank menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM 7,500.
20.  YBhg. Datuk Mokhtar Husain (kiri) menerima replika cek sebanyak RM 7,500 daripada wakil Berjaya Corporation Malaysia Berhad, Puan Lydia Lye, Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat.
21. MPI turut menerima sumbangan bernilai RM 7,500 daripada Celcom Axiata Berhad yang diwakili oleh Puan Devindar Visvalingam, Ketua Komunikasi Korporat Celcom.
22. Puan Iza Sofia Kasbi, Ketua Jabatan Komunikasi Strategik & Pemasaran, Cyberview Sdn Bhd, menyerahkan sumbangan bernilai RM 7,500 untuk hadiah HKM 2021.
23. Serahan sumbangan daripada Ekuiti Nasional Berhad disampaikan oleh Puan Anita Daud Charles, Pengurus Komunikasi
24. Puan Hanita Mustaffa, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, mewakili Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM7,500.
25. Pharmaniaga Berhad diwakili oleh YBhg. Dato’ Zuhri Iskandar Kamarzaman, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Korporat, menyerahkan replika cek bernilai RM 7,500 kepada wakil MPI, Puan Diana Dominic (kiri).
26. Serahan replika cek sumbangan daripada PLUS Malaysia Berhad diwakili oleh Tuan Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid, Ketua Komunikasi Korporat PLUS, yang bernilai RM 7,500.
27. Encik Badri Ibrahim, Pengurus Divisyen Komunikasi Korporat, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), turut menyumbangkan sumbangan sebanyak RM 7,500.
28. Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Encik Mohd Fazil Ismail, menyampaikan tajaan bernilai RM 7,500.
29.  Sumbangan sebanyak RM 7,500 diserahkan oleh Cik T.K. Letchumy Tamboo, Pengurus Media Editorial, Bahagian Strategi dan Komunikasi Korporat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).