TERIMA KASIH.. MPI TERIMA RM 411,000 UNTUK ANJUR MWM 2019

Malaysian Press Institute (MPI) meraikan para penyumbang Malam Wartawan Malaysia 2019 pada 3 April yang lalu di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur.

Seramai 100 orang tetamu hadir pada majlis penuh santai tetapi meriah itu sebagai penghargaan MPI khusus buat penyokong acara tahunan MPI itu.

PETRONAS adalah penaja utama Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) dengan nilai tajaan RM300,00.00. Syarikat korporat Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai penyumbang tertinggi MWM pada nilai tajaan RM30,000 diikuti Celcom Axiata Berhad, DRB-Hicom Berhad, EXIM Bank (M) Berhad dan Sarawak Energy Berhad masing-masing dengan nilai tajaan RM20,000.00.

Selain menerima sumbangan kewangan, MPI turut menerima pelbagai jenis sumbangan produk untuk dihadiahkan sebagai hadiah iringan kepada para tetamu pada Malam Wartawan Malaysia.

Senarai penuh penyumbang (sila tekan sini)

Malam Wartawan Malaysia bakal diadakan pada 26 April 2019 bagi menyempurnakan penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2018.

Gambar : Ihsan daripada Utusan Malaysia