MPI release
TERIMA KASIH PENAJA MWM 2021

TERIMA KASIH PENAJA MWM 2021

Majlis meraikan para penyumbang Malam Wartawan Malaysia 2021 (MWM 2021) telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Oktober 2021 bertempat di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Seramai 115 orang tetamu telah hadir pada majlis eksklusif itu sebagai penghargaan MPI khusus buat penaja acara tahunan MPI itu.

Pada tahun ini, MPI telah menerima sumbangan dan tajaan daripada 30 organisasi korporat, agensi kerajaan (Persekutuan dan negeri). Secara kolektif, jumlah tajaan yang diterima berjumlah RM390,000.

PETRONAS merupakan penaja utama Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) dengan nilai tajaan RM300,000 yang akan diberikan kepada para pemenang HKM 2020.

Selain menerima sumbangan kewangan, MPI turut menerima sumbangan produk untuk dihadiahkan sebagai hadiah iringan kepada tetamu dan para pemenang HKM pada malam tersebut.

Malam Wartawan Malaysia 2021 bakal diadakan pada 30 November 2021 bertempat di hotel yang sama.

Rakaman gambar-gambar:

YBhg Datin Anita Azrina Abdul Aziz, Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik mewakili PETRONAS selaku penaja Hadiah Kewartawanan Malaysia 2020, menyampaikan cek tajaan bernilai RM300,000.

Ketua Hal Ehwal Korporat Tenaga Nasional Berhad, Encik Wan Hairul Razli Bin Ahmad Kushaari, menyampaikan tajaan bernilai RM 50,000

Wakil Sarawak Energy menyerahkan cek replika bagi tajaan berjumlah RM40,000

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat EXIM Bank Berhad, Puan Azmin Hamzah menyerahkan cek replika nilaian RM 20,000

Sumbangan sebanyak RM 20,000 diserahkan oleh Encik Mahmood Abdul Razak, Ketua, Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-Hicom Berhad

Sumbangan bernilai RM 20,000 disampaikan oleh Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat MIDA, Puan Manjit Kaur

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menaja sebanyak RM 10,000 dengan penyerahan cek replika yang disampaikan oleh Puan Noryani Ismail, Pengurus Besar CIDB

Serahan cek replika dengan nilai tajaan RM 10,000 disampaikan oleh Encik Syed Anuar Syed Ali, Naib Presiden Eksekutif, Kumpulan Komunikasi Korporat & Pemasaran

Sumbangan sebanyak RM 20,000 diserahkan oleh Cik Kuzaimah Idris, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Putrajaya Holdings Sdn Bhd

Cik Michelle Voon, Timbalan Pengurus Besar, Komunikasi Korporat, Top Glove Corporation Berhadmenyampaikan sumbangan RM 7,500

Tajaan bernilai RM10,000 diserahkan oleh Encik Wan Azneal Hussain Mohd Azam, Ketua Perhubungan Awam Sime Darby Plantation

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia, YBhg Datin Rafidah Binti Idris menyampaikan cek hantaran bernilai RM 10,000

Penajaan RM 10,000 disampaikan oleh Puan Nor Huda Mohamed Noor Pengurus Komunikasi Korporat Ranhill Capital Sdn Bhd

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Padiberas Nasional Berhad, Puan Rosniza Baharum menyampaikan sumbangan RM 10,000

Serahan cek replika dengan nilai tajaan RM 10,000 disampaikan oleh Puan Elinar Yasmeen Muhamad Azmi, Eksekutif Kanan, Media dan Perhubungan Awam Komunikasi Korporat UEM Edgenta Berhad

Puan Mahirah Bt. Abdul Mubin dari Bank Simpanan Nasional menyerahkan cek replikan dengan nilai tajaan RM 10,000

Sumbangan tajaan RM 10,000 dari Permodalan Nasional Berhad, disampaikan oleh Encik Roslan Ibrahim, Penolong Naib Presiden 

SME Bank Berhad yang diwakili Encik Mohamed Zamir Anuar Bashah, Pengurus Komunikasi Strategik Kumpulan SME Bank, menaja sumbangan sebanyak RM 10,000

Encik Yap Shi Han, Penolong Pengurus Besar, Komunikasi Korporat dan Projek Khas Sunway Group, menyerahkan cek replika nilaian RM 20,000

Pengarah Bahagian Hal Ehwal Awam Public Bank Berhad, Puan Norida Mohamed menyerahkan cek tajaan RM 7,500

Penolong Pengurus Besar Berjaya Corporation Berhad, Puan Lydia Lye menyampaikan sumbangan RM 7,500

Wakil Bank Islam Malaysia Berhad, Encik Omar Atin, Pengurus Kanan Komunikasi Korporatmenyerahkan cek replika dengan nilai tajaan RM 7,500

Sumbangan tajaan RM 7,500 diserahkan oleh Encik Farid Ahmad dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Serahan cek bernilai RM 7,500 oleh wakil organisasi Affin Bank, Puan Siti Farah Diba Abdul Ghani, Ketua Komunikasi Stategik Affin Bank Berhad

Prolintas Sdn Bhd diwakili oleh Encik Badri Bin Ibrahim, selaku Pengurus Divisyen Komunikasi Korporat, menyampaikan sumbangan RM 7,500

Encik Amir Hisyam Rasid Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat Dan Penjenamaan, Dagang NeXchange Berhad, menyampaikan sumbangan RM 7,500

Encik Kamarul Adlan Bin Adzman Omar, Ketua Unit, Perhubungan Libat Urus Strategik (Unit Komunikasi & Libat Urus Digital) PLUS, menyampaikan tajaan RM7,500

Puan Regina Lee, Pengurus Kanan, Perhubungan Awam dan Media UEM Sunrise bergambar dengan replika cek tajaan bernilai RM7,500

Gambar kenangan bersama para penyumbang Malam Wartawan Malaysia 2021