Featured
The MPI Story kini di pasaran

The MPI Story kini di pasaran

Buku edisi Bahasa Inggeris yang mendokumenkan sejarah dan perjalanan Malaysian Press Institute (MPI) sejak penubuhannya pada tahun 1966 dengan nama South East Asia Press Centre, The MPI Story kini berada di pasaran.

Di kedai-kedai buku utama, buku yang merupakan terjemahan edisi Bahasa Melayu berjudul Kisah MPI Membangunkan Kewartawanan Pelbagai Platform yang diterbitkan tahun lalu, dijual pada harga RM49 senaskah.

Bagaimanapun pembelian langsung dengan MPI, tawaran diskaun sebanyak 30 peratus diberikan.

Buku tersebut adalah karangan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya.

Ia diterjemahkah ke Bahasa Inggeris oleh seorang pelajar sarjana linguistik di Universiti Malaya, Ahmad Zaki dan disunting oleh editor berpengalaman luas dalam bidang penyuntingan buku, Puan Tam Lye Suan.

Digarap dalam lapan bab, buku setebal 217 halaman itu, turut dihiasi dengan dokumen-dokumen dan foto-foto penting dalam perjalanan 54 tahun sebagai sebuah institusi latihan terulung dalam bidang kewartawanan dan perhubungan media.

Lapan bab itu adalah:

  1. MPI: The Founding of a Training Centre for Journalists
  2. The Movers and Shakers – Trailblazers of MPI
  3. Developing Human Capital in Journalism
  4. Recognizing Excellence
  5. Promoting Responsible Journalism
  6. Towards the Formation of a Fourth Estate Watchdog
  7. Enriching the Treasury of Literary Journalism
  8. Trainers and Speakers

Mereka yang berminat untuk membeli buku tersebut boleh menghubungi Encik Yusof Saharin dan Puan Nur Rumizah Abdul Aziz pada nombor telefon berikut: +603 8689 2717 / 2718 / 2719.