TIKTOK SI GERGASI BAHARU
Media sosial berkembang dengan begitu cepat dan setidak-tidaknya sedikit kemahiran diperlukan supaya kita tidak jauh ditinggalkan juga ketinggalan dengan kemajuan teknologi.
Salah satu platform yang sedang memuncak dan mendapat tempat adalah aplikasi TikTok yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh individu, media, syarikat korporat, kementerian dan agensi malah ahli politik untuk mendekati pelayarnya.
Pelbagai cabang informasi dan perkhidmatan organisasi dikongsikan terus dalam memastikan jenama mereka mendapat perhatian pelayarnya. Untuk kekal bertahan, mendapatkan rating pelayar dan pengikut yang tinggi, semestinya kemahiran dalam mengendalikannya juga penting dan perlu diambil perhatian pengendali akaun Tik Tok yang dipertanggungjawabkan oleh majikan masing-masing.
Bagi tujuan tersebut, Encik Hilal Azmi, Ketua Media Sosial & Strategi Penstriman Astro Awani diberi kepercayaan mengendalikan kursus TikTok Storytelling for Newsroom anjuran MPI pada 10 hingga 11 Oktober lalu.
RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR