MPI release
TOKOH WARTAWAN WANITA PERTAMA

TOKOH WARTAWAN WANITA PERTAMA

Adibah Amin dinobatkan sebagai penerima Tokoh Wartawan Negara HKM MPI-PETRONAS 2023 pada majlis Malam Wartawan Malaysia yang berlangsung meriah pada malam tadi.

Beliau adalah penerima Wanita pertama yang menyandang gelaran tersebut.

Untuk rekod, 13 orang menerima gelaran Tokoh Wartawan Negara iaitu gelaran tertinggi yang dianugerahkan kepada individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam perkembangan bidang kewartawanan tanah air. Ia bukan sahaja menerusi tulisan tetapi juga buah fikiran, pandangan dan tindakan mereka. Gelaran ini juga adalah suatu penghormatan dan penghargaan tertinggi dari kalangan wartawan Malaysia kepada individu yang berjasa dalam bidang kewartawanan Malaysia.

Puan Fadzilah Amin mewakili Puan Adibah Amin menerima hadiah daripada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Turut berada di pentas utama meraikan kemenangan adalah YM Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS (kiri), YB Fahmi Fadzil Menteri Komunikasi, Datuk Yong Soo Heong Presiden MPI, Datuk Mustapa Omar Ketua Pegawai Eksekutif MPI dan Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican UIAM.