TPM tetamu kehormat Malam Wartawan Malaysia 2014

Malam Wartawan Malaysia 2014 yang berlangsung pada 8 April 2014 diserikan oleh kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tetamu kehormat.

Turut mengesahkan kehadiran pada majlis yang diadakan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia 2013 itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

900 orang tetamu yang terdiri daripada para pemimpin dan pengamal media, tokoh-tokoh korporat dijangka memeriahkan acara tahunan anjuran Malaysian Press Institute (MPI) itu.

PETRONAS adalah penaja Hadiah Kewartawan Malaysia sejak 1994. Tajaan bagi HKM 2013 bernilai RM300,000.00. Terdapat 12 kategori yang boleh disertai di bawah HKM. Setiap kategori menawarkan hadiah wang tunai RM15,000.00.

Hadiah utama HKM iaitu Anugerah Wartawan Kajai akan membawa pulang RM30,000.00.

Bagi HKM 2013, sebanyak 284 orang wartawan dari pelbagai pertubuhan media cetak dan elektronik mengemukakan 552 penyertaan bagi dihakim. Karya-karya mereka telah dinilai oleh sebuah panel hakim bebas yang dipengerusikan oleh Profesor Dr. Mohd Safar Hasim dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

HKM 2013 tidak menerima pencalonan bagi Anugerah Tokoh Wartawan Negara.

Bagi menjayakan Malam Wartawan Malaysia 2014, 56 buah syarikat korporat, badan kerajaan serta organisasi media tempat menyumbang RM388,000.00.

Sumbangan mereka disampaikan kepada Majlis Pentadbir MPI pada satu majlis khas pada 8 April 2014 di Hotel One World, Petaling Jaya, di mana Malam Wartawan Malaysia 2014 berlangsung.

Pada majlis yang sama, PETRONAS turut menyerahkan cek RM300,000.00 iaitu hadiah untuk dibawa pulang oleh para pemenang HKM 2013.

HKM diperkenalkan pada 1980 sebagai satu usaha untuk mengiktiraf karya-karya terbaik kewartawanan Malaysia bertujuan untuk meningkatkan kualiti kewartawanan.

1. Ahli Majis Pentadbir MPI yang dipimpin oleh Datuk Chamil menerima replika cek RM300,000.00 dari PETRONAS iaitu hadiah HKM 2013. Cek disampaikan oleh Mohd Shuhaimy Kamaruddin, Pengurus Besar, Komunikasi Luaran, Bahagian Komunukasi Strategi Kumpulan, PETRONAS (dua kiri).

2. Para penyumbang Malam Wartawan Malaysia 2014 bergambar kenangan pada majlis penyerahan sumbangan yang diadakan pada 8 April 2014 di Hotel One World, Petaling Jaya.