TUN RAUS SHARIF BERI PENCERAHAN TRANSFORMASI BADAN KEHAKIMAN NEGARA

Lebih seratus peneraju editorial, wartawan, pegawai media dan ilmuwan universiti yang hadir di majlis Bicara Makan Tengahari anjuran Malaysian Press Institute (MPI) pada 10 Oktober 2017 di KL Hilton telah mendengar pencerahan mengenai transformasi badan kehakiman disampaikan oleh Yang Amat Arif Tun Raus Sharif, Ketua Hakim Negara.

Program ini dianjurkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan merupakan yang keempat daripada siri Bicara Makan Tengah Hari yang dirancang oleh MPI bagi mempertemukan barisan kepimpinan/tokoh pembangunan negara dan pakar-pakar kewartawanan/media tanahair.

Dalam ucapannya berjudul “Judicial Reforms by the Malaysian Judiciary”, Tun Raus menjelaskan transformasi utama yang bakal berlaku ialah pengurusan dan latihan hakim akan diperkasa lagi bagi meningkatkan kualiti perbicaraan pada semua peringkat dan mengurangkan kekhilafan. Penambahbaikan berterusan ini akan meningkatkan keyakinan orang ramai kepada institusi kehakiman dan ia sejajar dengan perubahan teknologi masa kini. Latihan berkualiti tinggi itu juga bermatlamat melahirkan hakim yang pakar dalam bidang tertentu bagi memenuhi kehendak semasa. “Kita melatih hakim untuk mengurangkan kekhilafan. Apabila kekhilafan dapat diminimumkan, keyakinan masyarakat akan meningkat” kata beliau.

Para editor, ahli akademik dan pegawai media Kerajaan yang hadir, antaranya ialah : Datuk Zulkefli Hamzah (Utusan Malaysia), Dato’ Baharom Mahusin (KOSMO!), Datuk Mokhtar Hussain (BERNAMA), Datuk Leanne Goh (Star Media Group), Datuk Abdul Jalil Ali (Grup Sinar Karangkraf), Yushaimi Maulud Yahaya (New Straits Times), Azhar Abu Samah dan M. Thillinadan (BH), Tuan Mohd. Asri Tuan Hussein (Harian Metro), Wan Sabariah Shikh Ali dan Zarina Harun (TV9), Armin Azhari Saleh (Dewan Bahasa dan Pustaka), Dr. Nik Roskiman Abdul Saman (IKIM), Muhamad Mat Yakim (Warta), Datuk Nuraina Abdul Samad (The Mole), Dr. Hamisah Zaharah (UPM), Prof. Madya Dr. Ali Salman (UKM), Dr. Md. Azalanshah Md Syed (UM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz (UIA), Prof. Dr. Faridah Ibrahim (IUKL), Dr. Mohd. Khairie Ahmad (UUM), Datuk Sayuti Mukhtar (JASA, Kem. Komunikasi & Multimedia) dan Pauzan Ab. Majid (Jabatan Penerangan).

Program ini turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Ahli Majlis Pentadbir MPI iaitu : Datuk Mustapa Omar, Dr. Mohd. Safar Hasim, Choo Joon Kian (Sin Chew Daily) dan T. Selva (Star Media Group). Manakala pengurusan tertinggi Mahkamah Persekutuan diwakili oleh Y.A.A. Tan Sri Datuk Wira Ahmad Maarop, Hakim Besar Malaya dan Ketua Pendaftarnya, Dato’ Sri Latifah Haji Mohd. Tahar.

Pada sesi soal-jawab bersama para hadirin, dua wartawan melontarkan soalan – T. Selva, Pengarang Perunding Kanan, Latihan & Hal Ehwal Perundangan, Star Media Group (juga merupakan Ahli Majlis Pentadbir MPI) dan Yiswaree  Palansamy, Wartawan Kanan Malaymail Online sebelum majlis berakhir dengan makan tengahari.

Bicara Makan Tengah Hari ini dijangka siri terakhir bagi tahun 2017. Pada tahun hadapan, ia akan diteruskan bersama tokoh/pemimpin yang lain pula.

FOTO SEKITAR MAJLIS BICARA MAKAN TENGAH HARI :

1)LunchHakimNegara 16

2)LunchHakimNegara 17

3)LunchHakimNegara 18Pendaftaran – Tetamu/peserta dari organisasi media (Gambar 1), universiti (Gambar 2) dan Pejabat Penddaftar Mahkamah Persekutuan (Gambar 3) mendaftar sebelum majlis bermula.

LunchHakimNegara 19
Sementara menunggu majlis bermula, Dato’ Baharom Mahusin (paling kanan), Pengarang KOSMO! meluangkan masa berbual dengan Dr. Md. Azalanshah Md. Syed dari Universiti Malaya (paling kiri) dan En. Francis Chong dari Dagang Halal (tengah).
LunchHakimNegara 20
En. M. Thillinadan (kanan), Pengarang Bersekutu Berita dan En. Azhar Abu Samah, Pengarang Bersekutu BH2, kedua-duanya dari BH bertanyakan sesuatu kepada urusetia MPI.
LunchHakimNegara 21
Datuk Aslam Zainuddin (tengah), Timbalan Ketua Pendaftar (Polisi) Mahkamah Persekutuan turut hadir bersama beberapa pegawai tinggi yang lain.
LunchHakimNegara 22
Dato’ Seri Latifah Haji Mohd. Tahar (tengah), Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia ceria berbual dengan tetamu jemputan.
LunchHakimNegara 23
Puan Junaidah Mohd. Isa (tengah), Pengarah Bhg. Latihan & Pembangunan Kapasiti Kehakiman, juga merupakan penganjur bersama program ini menerangkan sesuatu kepada pembantu-pembantunya.
LunchHakimNegara 24
Datuk Dr. Chamil Wariya (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif MPI meluangkan masa berbual dengan tetamu dari Kementerian Komunikasi & Multimedia, Datuk Sayuti Mukhtar, Felo JASA.
LunchHakimNegara 25
Datuk Abd Jalil Ali (paling kanan), Penasihat Editorial Grup Sinar Karangkraf tidak ketinggalan merakam kenangan bersama Datuk Sayuti Mukhtar dan rakan-rakan akademik – Prof. Madya Dr. Ali Salman (paling kiri) dari UKM dan Dr. Hamisah Zaharah dari UPM.

LunchHakimNegara 26

LunchHakimNegara 27

LunchHakimNegara 28
Para tetamu telah memenuhi seluruh ruang Sentral Ballroom, KL Hilton ketika majlis berlangsung.
LunchHakimNegara 29
Gambar 1 & 2 – Y.A.A. Tun Raus Sharif menyampaikan ucapan beliau bertajuk “Judicial Reforms by the Malaysian Judiciary” dan menjawab soalan para hadirin di akhir majlis.
LunchHakimNegara 30
Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI bersahaja mengendalikan Sesi Soal-Jawab antara Tun dan para hadirin.
LunchHakimNegara 31
Dua wartawan bertanyakan soalan – Yiswaree Palansamy, Wartawan Kanan dari The MalayMail Online (kiri) dan T. Selva (kanan), Pengarang Perunding Kanan, Latihan & Hal Ehwal Perundangan, Star Media Group (juga merupakan Ahli Majlis Pentadbir MPI).
LunchHakimNegara 32
Sebagai tanda penghargaan, Datuk Dr. Chamil Wariya menyampaikan cenderahati dan satu set buku-buku terbitan MPI kepada Y.A.A Tun Raus Sharif.
LunchHakimNegara 34
Gambar 1 & 2 – Para editor media merakam kenangan bersama Y.A.A. Tun Raus Sharif. Gambar 2, barisan pertama dari kiri : Tuan Mohd. Asri Tuan Hussein (Harian Metro), Wan Sabariah Shikh Ali (TV9), Dr. Nik Roskiman Abdul Saman (IKIM), Datuk Abdul Jalil Ali (Grup Sinar Karangkraf), Datuk Zulkefli Hamzah (Utusan Malaysia), Datuk Leanne Goh (Star Media Group) dan Datuk Mokhtar Hussain (BERNAMA). Barisan kedua, dari kiri : T. Selva (Star Media Gropu/MPI), Dr. Mohd. Safar Hasim (MPI), Datuk Dr. Chamil Wariya, Y.A.A. Tan Sri Datuk Wira Ahmad Maarop (Hakim Besar Malaya), Y.A.A. Tun Raus Sharif, Dato’ Sri Latifah Haji Mohd. Tahar (Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan), Yushaimi Maulud Yahaya (New Straits Times), Choo Joon Kian (Sin Chew Daily/MPI) dan Datuk Aslam Zainuddin (Timb. Ketua Pendaftar (Polisi) Mahkamah Persekutuan Malaysia). Paling belakang, dari kiri : Dato’ Baharom Mahusin (KOSMO!) dan Datuk Mustapa Omar (terlindung – MPI).
LunchHakimNegara 35
Y.A.A Tun Raus Sharif meluangkan masa menyapa dan berbual mesra dengan para editor sebelum ke meja makan.
LunchHakimNegara 36
Di meja makan utama, dari kiri : Choo Joon Kian (Sin Chew Daily/MPI), Yushaimi Yahaya (New Straits Times), Datuk Zulkefli Hamzah (Utusan Malaysia), Dato’ Sri Latifah Haji Mohd Tahar, Datuk Dr. Chamil Wariya, Y.A.A. Tun Raus Sharif, Y.A.A. Tan Sri Datuk Wira Ahmad Maarop (Hakim Besar Malaya, Dr. Mohd. Safar Hasim (MPI), Datuk Mustapa Omar (MPI) dan Datuk Aslam Zainuddin (Mahkamah Persekutuan).
LunchHakimNegara 37
Sebaik selesai makan tengah hari, Y.A.A. Tun Raus Sharif dikerumuni oleh wartawan-wartawan liputan untuk mendapat huraian lebih lanjut daripada ucapan beliau.
LunchHakimNegara 38
Y.A.A Tun Raus Sharif masih sempat meluangkan masa berbual santai dengan para editor sebelum majlis bersurai.