Ubah kiblat kewartawanan dalam pengajaran kewartawanan

Bagi meraikan ulang tahun ke-50 pengajaran kewartawanan pada peringkat ijazah pertama yang diperkenalkan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada 1971, satu forum bertajuk “Penulisan Buku Kewartawanan Sejak 1971: Satu Perbualan” anjuran Persatuan Pengajar Kewartawanan Malaysia (MJTS) dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) berjaya dilangsungkan pada 24 Februari 2021.

Seramai lima orang ahli panel ditampilkan dalam forum bual bicara tersebut. Mereka ialah presiden MJTS, Profesor Datuk Dr. Ahmad Murad Merican; Encik Amirul Akhbar, pensyarah kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM); Encik Ismail Hashim, pensyarah kewartawanan Universiti Selangor; Dr. Mohd Safar Hasim, ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI, dulunya profesor kewartawanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Datuk Zaini Hassan, mantan penolong ketua pengarang Kumpulan Utusan yang sekarang bertindak sebagai penasihat editorial portal beritanya sendiri, BebasNews.

Antara isu hangat yang dibincangkan oleh para panel adalah perspektif berita kewartawanan di Malaysia masih terikat dengan konsep Barat dan punca kekurangan buku kewartawanan di Malaysia untuk dihasilkan.

Menurut Presiden Persatuan Pengajar Kewartawanan Malaysia, Prof. Dato’ Dr Ahmad Murad Merican berkata, idea dan kefahaman kewartawanan media di Malaysia masih berteraskan idea kewartawanan daripada amalan Barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

“Ia sepatutnya berbeza kerana kita ada takrif dan genre sendiri yang patut kita amalkan. Selain itu, terdapat kekurangan dalam penulisan buku terutama aspek sejarah kewartawanan Malaysia, negara serantau dan Asia”, katanya lagi.

Hujah tersebut disokong oleh Mantan Professor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),  Dr Safar Hashim dimana  kekurangan penghasilan buku kewartawanan berlaku oleh kerana terdapat halangan dan cabaran yang dihadapi terutamanya kepada ahli akademik di mana tindakan universiti tidak mengiktiraf buku sebagai satu kriteria kenaikan pangkat membunuh kesarjanaan dalam kalangan ahli akademik menyebabkan mereka tidak mempunyai dorongan dalam menghasilkan buku.

Sehubungan itu, Profesor Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), YBhg. Dato’ Sri Dr. Syed Arabi Idid, beliau mencabar ahli akademik kewartawanan menghasilkan buku-buku kewartawanan yang berorientasikan Malaysia, buku teks kewartawanan yang dilihat masih berkurangan untuk dijadikan sumber dan memperbanyakkan buku kes kajian mengenai media dan kewartawanan misalnya, mengapa Utusan Melayu gagal dari segi perniagaan dan mengapa akta-akta tertentu diperkenankan.

Rakaman gambar-gambar