MPI release
Ucapan Presiden MPI pada Majlis Penutup Program Latihan untuk Wartawan Sarawak

Ucapan Presiden MPI pada Majlis Penutup Program Latihan untuk Wartawan Sarawak

SALUTASI

1. YANG AMAT BERHORMAT DATUK PATINGGI TAN SRI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG PREMIER SARAWAK

2. YANG BERHORMAT DATUK ABDULLAH SAIDOL, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PREMIER SARAWAK (HAL EHWAL KORPORAT, PENERANGAN DAN UKAS)

3. YANG BERUSAHA TUAN HAJI AINOL AMRIZ ISMAIL, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MALAYSIAN PRESS INSTITUTE (MPI)

4. PEGAWAI – PEGAWAI KANAN KERAJAAN SARAWAK

5. WAKIL PERSATUAN-PERSATUAN WARTAWAN SARAWAK

6. KETUA-KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MEDIA

7. KETUA-KETUA PENGARANG, PENGARANG-PENGARANG KANAN

8. PARA AKADEMIK, SAHABAT KORPORAT

9. PARA PESERTA YANG DIRAIKAN DAN PARA HADIRIN YANG DIHORMATI

Selamat datai  ke majlis Penutupan Program Latihan untuk Wartawan Sarawak. Kamek sangat suka datai ke sitok untuk berjumpa dengan kawan-kawan kamek di Sarawak.

Kamek juga merasa amat bangga kerana YAB Premier sudi meluangkan masa dengan para wartawan dan pegawai komunikasi di majlis ini hari ini.

Terima kasih kamek mengucapkan kepada YAB Premier yang sering memberi perhatian kepada peranan kami sebagai penyampai maklumat di tanah air.

Semasa kamek buat persiapan dan pengaturan untuk majlis dua hari yang lepas, ada orang juga bertanya: “Betul ke ni Premier nak datang?” Mereka ragu-ragu pulak. But we believed that the Premier will not let us down.

True enough, kehadiran YAB Premier hari ini mencerminkan penghargaan beliau kepada pengamal media dan pegawai komunikasi.

Secara peribadi, I can attest to that. Kamek ingat pada temasya treasure hunt dan walkathon yang dianjurkan oleh BERNAMA 12 tahun lalu di Kuching Waterfront. Pada waktu itu, YAB Premier adalah Menteri yang bertanggungjawab kepada industri pelancongan selain beberapa portfolio yang lain.

What struck me was Datuk Patinggi’s commitment and engagement with us. Although he was only invited to declare open the event, he surprised us by staying on for another three hours or so to give away the prizes as well. During the time we had the honour to speak to him at close range, he spoke of many things that could be done for the betterment of Sarawak.

It did cross my mind then that if Datuk Patinggi Abang Johari were to lead Sarawak one day, a lot of positive things could happen. And today, almost seven years after he took office, he is living proof of what Sarawak has become – growing to a level that not many would have thought was possible before.

Who would have thought about Sarawak’s pursuit of global megatrends such as supply chain resilience, digitalisation, Industry 4.0 and a green economy? And things that didn’t seem possible before like aviation, aerospace, hybrid rice planting to transform Sarawak into Malaysia’s leading rice producer, becoming a green energy powerhouse to export sustainable power regionally, producing green hydrogen and sustainable aviation fuel. Those are just a few exciting ones that I can remember because there are many more.

I believe all this stems from Datuk Patinggi Abang Johari’s sharp winning mindset. Perhaps he had taken the cue from Sir Alex Ferguson, the legendary football manager of Manchester United, who said: “I never played for a draw in my life!”

Tuan-tuan dan puan-puan, dengan ketangkasan minda YAB Premier, adalah harapan MPI bahawa kursus yang baru dikendalikan dapat diterjemahkan kepada kebolehan penceritaan dan penyampaian maklumat yang lebih jelas supaya perkembangan penting yang sedang berlaku di Sarawak lebih difahami dan diterima oleh rakyat serta para pelabur, mahupun asing atau tempatan.

Untuk membuat pelaporan yang lebih baik, MPI percaya keperluan pembelajaran berterusan antara pengamal media dan pegawai komunikasi amatlah kritikal.

Kamek mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Premier atas sokongan menjayakan pelbagai kursus MPI pada bulan ini di Kuching. Kamek juga berharap Kerajaan Sarawak akan menyokong hasrat MPI untuk memperluaskan latihan ke Sibu dan Miri pada awal tahun depan.

Semalam kita juga mengadakan Mini Forum dengan para akademik dan pelajar di UNIMAS sebagai langkah permulaan MPI untuk memperluaskan latihan kepada universiti di Sarawak supaya graduan mereka boleh menjadi industry ready serta memperolehi keupayaan pemikiran kepemimpinan.

Pada kesempatan ini kamek juga menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong segala usaha MPI dalam menjayakan majlis pada petang ini.

Kamek mengakhiri ucapan dengan sebuah peribahasa untuk mencerminkan pemodenan yang sedang berlaku di Sarawak:

LAIN HULU, LAIN PARANG

LAIN DULU, LAIN SEKARANG.

Sekian terima kasih, OOO HAAAAAA!