Ulasan Panel Hakim Kenyalang Journalism Award yang disampaikan oleh Datuk Dr. Chamil Wariya
Ulasan Panel Hakim Kenyalang Journalism Award
yang disampaikan oleh Datuk Dr. Chamil Wariya
Pada Malam Anugerah Kewartawanan Kenyalang
Sabtu, 4 December 2021
Di Hotel Hilton, Kuching, jam 8 malam
Izinkan saya terlebih dahulu untuk mengucapkan tahniah kepada Federation of Sarawak Journalist Association (FSJA) dan kerajaan Negeri Sarawak atas penganjuran Kenyalang Journalism Award (KJA) 2021 pada malam ini.
Saya juga mengambil kesempatan awal ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata bagi memanjangkan justifikasi penilaian panel hakim dalam memilih para pemenang serta kualiti karya-karya yang dihasilkan bagi Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2021.
Jumlah penyertaan
Bagi Kenyalang Journalism Award 2021, secara keseluruhannya, Malaysian Press Institute (MPI) selaku sekretariat penghakiman menerima 338 penyertaan.
Dari segi Bahasa penyertaannya bagi 10 kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
- Bahasa Malaysia, 68;
- Bahasa Inggeris, 75,
- Bahasa Cina 42;
- Bahasa Iban, 28
- Foto 24
- Dan TV 107 penyertaan.
Dibandingkan dengan KJA 2020, bilangan keseluruhan penyertaan merosot dengan agak ketara bagi semua kategori Bahasa kecuali TV yang merekodkan sedikit peningkatan. Tapi ada sebabnya.
Tahun lalu menyaksikan penyertaan terbesar sebanyak 540 penyertaan secara keseluruhannya kerana gara-gara pandemik Covid-19 memaksa pihak penganjur membenarkan karya-karya yang dihasilkan sepanjang 2019 sehingga Ogos 2020, menyertai KJA 2020. Maknanya tempoh penyertaan adalah lebih panjang.
Bagi KJA 2021, hanya karya-karya kewartawanan bagi September 2020 hingga Ogos 2021 sahaja yang layak menyertai pertandingan.
Selain itu, peraturan KJA yang tidak membenarkan peserta menghantar lebih daripada satu penyertaan bagi setiap kategori yang disertainya, nampaknya dipatuhi oleh para peserta, mengakibatkan penyertaan yang berkurangan.
Jadi penurunan itu memang sudah dijangka, bukan sesuatu yang luar biasa.
Justifikasi pemilihan pemenang & kualiti karya
Bagaimanapun penyertaan yang menurun bagi KJA 2021, tidak pula bermakna kualiti karya-karya kewartawanan merosot.
Secara keseluruhannya panel hakim menilai bahawa dalam kalangan para wartawan di Sarawak terdapat usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti karya-karya yang digarap. Ini dilakukan, antara lain, dengan menghasilkan penulisan dan laporan yang lebih mendalam, mempunyai nilai berita yang tinggai, maklumat yang berkualiti dan hasil kerja yang meninggalkan kesan yang baik terhadap khalayak bagi semua kategori, meliputi empat Bahasa.
Misalnya bilangan penyertaan untuk Bahasa Iban mungkin menurun kepada 28 tahun berbanding 71 tahun lalu. Tetapi panel hakim berpendapat dan saya petik:
“Kami merasakan terdapat peningkatan mutu penulisan dan karya yang diterbitkan hampir setanding dengan pemenang no 1, 2, 3 dari Bahasa-bahasa lain. Kami mengharapkan para wartawan Bahasa Iban cekal dan sentiasa mengejar kecemerlangan dalam menghasilkan karya. Ternyata masyarakat Iban mendapat manfaat yang berterusan dengan info dan perkembangan terkini dinyatakan dalam bahasa ibundanya.”
Bagi kewartawanan penyiaran, para panel hakim membuat ulasan berikut:
- The presence of TV Sarawak is disruptive on journalism scene but in a good way in Sarawak which could be a wake-up call to other media houses that may need to revamp/enhance their styles in order to be attractive to the masses.
- We received 107 entries which consist of 10 Chinese Language & 5 Iban entries.
- TVS’s Chinese entries are really up to standard while Sin Chew Daily’s videos are not at a par yet, perhaps they should focused on making concise stories with clear directions
- The Bahasa Iban entries in Broadcast Television are much appreciated by Iban communities while there are plenty of rooms to be improved. It is good for them to see latest tv news in Iban language.
Namun hakim kewartawanan penyiaran berpendapat bahawa ada ruang untuk menambah baik karya-karya yang dihasilkan oleh para wartawan TV.
Secara lebih spesifik mereka menyarankan bahawa:
- TV reporters should be courageous on asking the right questions to authorities. Information that has been conveys is comprehensive but visual, editing, needs to be more polished. More variety on visual please. Element of emotions should be optimized when it comes to misfortune.
Bagi Bahasa Inggeris, antara ulasan panel hakim adalah seperti berikut:
While the rest of the entries have good comprehensive & useful news items, the winners were chosen based on the importance of the subjects. Pieces written were comprehensive & easy to understand even when providing depth to the articles. Raising the right issues & experiences make their news report and features interesting to read. Style of writing have enticed judges as it is easy to read & digest while educating the readers.
Bagi karya-karya dalam Bahasa Malaysia, panel berpendapat jurang kualiti antara karya-karya yang dipilih sebagai pemenang dengan yang tidak masih besar.
Dalam kalangan pemenang mereka telah mempersembah penulisan yang lebih mendalam serta ada kesinambungan baik, sarat dengan informasi yang relevan, selain memberi pencerahan terhadap isu-isu yang diperkatakan manakala dalam kalangan yang kalah karya-karya yang dihasilkan tiada kedalaman, tidak banyak sumber rujukan yang digunakan dan ada pula berbentuk komentar dan pandangan yang mana sepatutnya penulis itu perlu melakukan banyak temubual .
Ada juga antara mereka mempunyai subjek berita yang menarik tapi sayangnya gaya penulisan agak hambar.
Mengenai kewartawanan foto, panel hakim sedikit keciwa dari segi bilangan penyertaan dan kerana karya-karya yang dihasilkan masih ditakuk lama. Ada foto bernilai berita tinggi, tetapi dari komposisi tidak mencerminkan nilai berita yang tinggi itu.
Anugerah Ketua Menteri
Sudah tentu yang akan menarik perhatian adalah kategori the Chief Minister Awards.
Tatkala ada pemenang bagi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina, bagi kategori kewartawanan penyiaran panel berpendapat no chief minister award for broadcast television entries as the judges feel the TV entries didn’t convince enough that the entries have reach the level of excellence.
Bagi Bahasa Malaysia penerima dipilih kerana artikel yang dihasilkan memberi maklumat menngenai topik yang diperkatakan. Maklumat yang disiarkan juga mampu mengubah persepsi petani tempatan untuk menukar teknik pertanian secara tradisional dan menggunakan teknologi moden dalam usaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran dan juga pendapatan.
Bagi Bahasa Cina pula, pemenang dipilih kerana laporan bersiri yang cukup lengkap dan teliti mengenai tragedi feri di Triso yang merangkumi pelbagai pihak yang terlibat.
Bagi Bahasa Inggeris pula pemilihan dibuat kerana information presented in this news feature is relevant and accurate, especially for Sarawak in accordance with the award’s purpose. The article is well written and comprehensive.
Kepada para pemenang tahniah diucapkan; kepada yang tidak berjaya kali ini, jangan berputus asa. Cuba lagi tahun hadapan.
Sekian. Terima kasih.
TEKAN SINI untuk lihat Senarai Pemenang KJA 2021