UTUSAN BORNEO SABAH DAPATKAN KHIDMAT MPI ANJUR KURSUS UNTUK KALI KEDUA

Setelah bengkel pertama berjalan dengan jayanya pada bulan Julai lepas, Utusan Borneo Sabah sekali lagi mendapatkan khidmat Malaysian Press Institute (MPI) dalam menganjurkan kursus untuk pemberita dan penyunting mereka.

Bengkel yang diberi tajuk Penulisan Rencana untuk Wartawan dan Reka Bentuk untuk Penyunting telah diadakan pada 18 dan 19 Oktober 2017 di Conference Room, Tingkat 9, Wisma KTS, Kota Kinabalu, Sabah.

Seramai 26 orang wartawan dan penyunting dari Utusan Borneo menghadiri bengkel yang dikendalikan oleh Encik Mohd Faizal bin Zakaria, Editor Prosesan, KOSMO! Utusan Melayu (M) Berhad.

1. Penceramah bersama para peserta sesi pagi dengan tajuk Penulisan Rencana untuk Wartawan.
1. Penceramah bersama para peserta sesi pagi dengan tajuk Penulisan Rencana untuk Wartawan.
2. Para peserta sesi pagi terdiri daripada wartawan bergambar kenangan bersama penceramah diakhir kursus.
2. Para peserta sesi pagi terdiri daripada wartawan bergambar kenangan bersama penceramah diakhir kursus.

Bengkel kali ini agak berbeza berbanding bengkel sebelumnya iaitu sesi pagi untuk wartawan manakala sesi petang pula untuk penyunting bagi kedua-dua hari kursus tersebut.

3. Penceramah menerangkan susun atur yang sesuai bagi sebuah akhbar dalam sesi petang bertajuk Reka Bentuk untuk Penyunting.
3. Penceramah menerangkan susun atur yang sesuai bagi sebuah akhbar dalam sesi petang bertajuk Reka Bentuk untuk Penyunting.
4. Para peserta yang terdiri daripada penyunting bergambar kenangan bersama penceramah sebelum sesi tersebut berakhir.
4. Para peserta yang terdiri daripada penyunting bergambar kenangan bersama penceramah sebelum sesi tersebut berakhir.

Rata-rata peserta berpendapat bengkel ini memerlukan masa yang lebih panjang kerana tempoh masa kursus sangat singkat dan berharap agar dapat dipanjangkan lagi pada masa akan datang. Kursus ini banyak membantu para wartawan dalam meningkatkan kemahiran menulis rencana disamping meningkatkan penguasaan tatabahasa. Manakala untuk penyunting pula; banyak maklumat baharu dapat dipelajari dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Penceramah yang berpengetahuan dan berpengalaman luas telah membuatkan bengkel ini tidak bosan disamping dibekalkan dengan nota yang lengkap oleh beliau.