Wartawan muda puji program Zamalah MPI
Bagi 24 orang wartawan muda yang menyertai Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia anjuran Malaysian Press Institute (MPI) di Kuala Lumpur, yang bermula 8 Januari 2013 lalu, program itu adalah peluang keemasan untuk mereka meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kewartawanan masing-masing berkait isu-isu kenegaraan.
Mereka memuji usaha MPI mengadakan program latihan yang disifatkan sebagai amat berguna untuk membolehkan mereka memahami dengan lebih terperinci bagaimana pengasingan kuasa negara – eksekutif, legislatif dan judisiari berfungsi dan beroperasi.
Mereka percaya pendedahan yang diberi kepada mereka selama mengikuti program akan menjadikan mereka wartawan yang lebih berwibawa selepas mereka kembali kelapangan untuk membuat laporan.
Apa yang membanggakan mereka ialah MPI telah membariskan para penceramah yang terbaik dalam bidang masing-masing untuk membimbing mereka sepanjang tiga minggu mengikut program yang berakhir pada 25 Januari itu.
Para penceramah itu terdiri daripada para wartawan berpengalaman dan ahli-ahli akademik yang pakar dalam bidang masing-masing.
Tekan sini untuk senarai penceramah.
Pandangan ini mereka sampaikan secara santai kepada Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya semasa sesi bergambar kenangan selepas majlis perasmian pada 8 Januari.
Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2013 telah dirasmikan oleh Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid. Ia adalah program tahunan kali ketiga sejak dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf pada 2011.
24 orang peserta mewakili 15 buah organisasi berita – awam dan swasta menyertai Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2013. Mereka berusia bawah 30 tahun.
Tekan sini untuk senarai peserta.
1 – Peserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2013 bergambar selepas pelancaran program pada 8 Januari lalu. Duduk dari kiri : Karina Imran (BERNAMA), Mohd. Fadli Othman (RTM), Tuan Haji Muis Shefii, Timbalan Pengarah Berita & Ehwal Semasa Jabatan Penyiaran Malaysia, Dato Chamil Wariya, CEO, MPI, Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid, Pengarang Kumpulan, Berita Harian, Datuk Mustapa Omar, Pengarang Kumpulan, Harian Metro, Nicklos Louis Kaderi (Harian Borneo), Norhashimah Jamaluddin (RTM) dan Seri Nor Nadiah Koris (NST).
Barisan tengah dari kiri : Nor Fariza Hj. Mohd Ramlan (BH), Rohana Nasrah (BERNAMA), Mohd. Azrin Wahid (Utusan Karya) Farrah Shareeza Ibrahim (IMR Network), Maizatul Akma Md. Yusof IMR Network), Jamilah Hamzah (Sinar Harian Online), Rosland Shebli (RTM Miri), Rasyidah Abu (RTM), Rafdah Rosli (Utusan Karya), Wan Nasrah Abd Rahim (Sinar Harian) dan Nur Athira Syakina Juhaidi (Berita Publishing).
Barisan belakang dari kiri : Ahmad Nasaruddin Abd Rahman (Utusan Karya), Iskandar Joni (RTM Sibu), Md. Azrin Rosly (Utusan Malaysia), Kong Ping Guan (See Hwa Daily), Rahim A. RaRahim (The Star), Mohd. Hafizee Mohd Arop (H. Metro), Muhammad Ayman Ghaffa (KOSMO!) dan Mohammed Arsyad Md. Yassin (BERNAMA).
2 – Datuk Chamil Wariya, CEO, MPI, Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid, Pengarang Kumpulan, Berita Harian beramah mesra dengan peserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2013.
3 – Peserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2013 mendengar ceramah Yang DiPertua Dewan Negara, YB Tan Sri Abu Zahar Ujang semasa lawatan ke Parlimen.
4 – Peserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2013 bergambar bersama Yang DiPertua Dewan Negara, YB Tan Sri Abu Zahar Ujang. Duduk dari kiri : Karina Imran, Seri Nadiah Kori, Maimunah Abd Rashid, Moderator Kursus, YB Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang DiPertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Abd Rahim Abd Rahman, Dr. G. Manimaran Editor Pengurusan, Sinar Harian Online, Ahmad Nasaruddin Abdul Rahman dan Mohd Azrin Wahid.
Berdiri dari kiri : Wan Nasrah Abd. Rahim, Jamilah Hamzah, Maizatul Akma Md. Yusof, Rasyidah Abu Johan, Rafidah Rosly, Rohana Nasrah, Nor fariza Hj. Mohd Roslan, Farrah Shareeza Ibrahim,Md. Azrin Rosly, Norhashima Jamaluddin, Rahimy A. Rahim, Iskandar Joni, Kong Ping Guan, Mohd. Hafizee Mohd Arop, Mohd. Fadli Othman, Nisklos Louis Kaderi, Nur Athira Syakina Juhadi, Rosland Shebli dan Mohd Ayman Ghaffa.
5 – Dari kiri : Tuan Haji Muis Shefii, Timbalan Pengarah Berita & Ehwal Semasa, Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Zainul Ariffin Mohammad Isa, Ketua Pegawai Operasi, Media Digital, Media Prima dan Datuk Wong Sai Wan, Pengarang Eksekutif, The Star menyampaikan ceramah pada sesi 1 program Zamalah iaitu ‘Senario Semasa Media di Malaysia’.
6 – Asyik…… mendengar ceramah
7 – Dr. G. Manimaran, Editor Pengurusan, Sinar Harian Online berkongsi ilmu semasa sesi ‘Penulisan Berita’
8 – Datuk Nuraina A. Samad, Editor Pengurusan, NST memberi panduan bagaimana untuk menjadi seorang wartawan yang cemerlang kepada peserta.
9 – “Sebagai wartawan anda semua mesti berani bertanya” kata Encik T. Selva, Ketua Pengarang Berita, The Star semasa modul “Berani bertanya” dan “Teknik menemuramah.
10 – Tekun menimba ilmu
11 – Datuk Charles Lourdes, mantan Pengarang Eksekutif, The Star pada sesi “Kewartawan Siasatan” dan “Pemberitaan Mahkamah & Jenayah”