Kursus
Wartawan perkasa penggunaan AI dalam skop bidang masing-masing

Wartawan perkasa penggunaan AI dalam skop bidang masing-masing

Bertempat di pusat latihan kecemerlangan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Kuala Lumpur, kursus “Improving Workplace Productivity Using Generative AI” telah diadakan pada 20 – 21 Mei 2024.

Program anjuran MPI khusus untuk pengamal media di Malaysia ini telah mendapat sambutan dari beberapa organisasi media antaranya Berita Harian, TV3, TV9, BERNAMA, Sinar Harian, RTM, IPPTAR & JAPEN.

Program latihan dua hari yang dikendalikan oleh Franklin Styne ini memfokuskan kepada penguasaan generatif kecerdasan buatan (AI) dalam penggunaan alatan seperti ChatGPT, Gemini, Copilot, Claude dan sebagainya agar dapat membantu para peserta dalam menyiapkan kerja dengan lebih mudah dan menjimatkan masa.

Seramai 14 orang peserta yang berpengalaman dalam bidang masing-masing, bersemangat mempelajari lebih daripada 20 alatan AI yang direka untuk menyelaraskan aliran kerja mereka. Daripada membuat siaran akhbar dan menulis artikel berita kepada menjana kandungan media sosial, menjalankan penyelidikan, menyalin temu bual dan mencipta video, dapat dipelajari selama dua hari ini. Latihan praktikal dan sesi interaktif membolehkan para peserta mengalami kuasa AI secara langsung.

“Apa yang biasanya mengambil masa seminggu untuk dibangunkan, kami boleh capai dalam masa beberapa jam sahaja menggunakan alatan ini.”, kata salah seorang peserta ketika menyiapkan tugasan yang diberikan oleh penceramah.

Secara keseluruhan, kursus latihan ini telah berjaya dengan peserta menyatakan kepuasan yang tinggi terhadap pengetahuan dan kemahiran praktikal yang mereka perolehi. Gabungan demonstrasi, latihan praktikal, dan perbincangan kolaboratif memastikan para peserta boleh terus mengaplikasikan apa yang mereka pelajari dalam peranan profesional mereka. Program latihan ini merupakan langkah penting ke arah mengintegrasikan teknologi AI yang canggih ke dalam aliran kerja profesional media di Malaysia.

Rakaman gambar-gambar:

Franklin Styne memulakan kursus pada hari pertama dengan sesi ‘ice-breaking’.
Para peserta tekun mendengar penerangan dari Franklin.
Gambar atas dan bawah: Sesi uji minda.
Gambar atas dan bawah: Para peserta berdiskusi sesama mereka untuk menyiapkan tugasan masing-masing.
Sesi santai selepas rehat sebelum mula dengan tugasan berkumpulan.
Mantap! Para peserta mempersembahkan hasil tugasan masing-masing.
Bergrup foto beramai-ramai bersama peserta dan penceramah. Turut bergambar bersama wakil pengurusan daripada IPPTAR, Encik Mawardi Ka’ab, Ketua Kluster Penyelidikan & Penerbitan IPPTAR (dua dari kanan) dan Dr. Azlina Daud, Ketua Bahagian Akademik IPPTAR (empat dari kanan).