Wartawan sebagai Antennae PEMUDAH

Wartawan sebagai Antennae PEMUDAH

Majlis penyampaian hadiah PEMUDAH Journalism Competition 2015 berlangsung serentak dengan pelancaran buku laporan tahunan PEMUDAH 2015 yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Pasukan Petugas Khas Bagi Memudahkan Perniagaan (PEMUDAH), yang juga Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa di Bilik Taklimat Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Turut sama hadir meraikan pemenang Tan Sri Saw Choo Boon, Pengerusi Bersama PEMUDAH; Tan Sri Mohd Zabidi Zainal, Ketua Pegarah Jabatan Perkhidmatan Awam; ahli-ahli PEMUDAH dan wartawan.

Tan Sri Dr. Ali dalam ucaptamanya berterima kasih kepada kalangan wartawan yang merupakan medium PEMUDAH dalam menyampaikan dan mendapatkan maklumbalas menerusi inisiatif-inisiatif pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam cara yang menarik dan berkesan kepada rakyat. Kerjasama yang berkesan antara sektor kerajaan dan swasta juga membantu kecekapan perkhidmatan awam melalui penambahbaikan dalam usaha Kerajaan mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

PEMUDAH Journalism Competition mula diperkenalkan pada 2013 bertujuan untuk mengiktiraf wartawan menerusi pelaporan dan penulisan yang berkait dengan PEMUDAH.

Pada majlis itu, Rupa Damodaran dan Mohd Rafi Mamat dinobatkan sebagai pemenang utama bagi kategori Media Cetak/Online. Rupa daripada New Straits Times menang kategori Bahasa Inggeris dengan laporannya bertajuk Going Beyong scores in age of ‘new normal’  bertarikh 19 Disember 2015 . Laporan Rafi bertajuk OCS atas talian lebih cekap yang disiarkan Berita Harian pada 26 November 2015 menang kategori Bahasa Melayu.

Astro Awani menang tempat kedua bagi kategori media elektronik (televisyen) menerusi laporan Nurulhana Ismail dan Mohd Dzulfrizal Zulkapli bertajuk Produktiviti dan Tahap Kesenangan menjalankan perniagaan siaran 11 April 2015 dan tiada pemenang utama diputuskan oleh ahli panel hakim.

Pemenang utama masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 10,000, tempat kedua RM 5,000 dan tempat ketiga bernilai RM 3,000.

Keputusan hakim adalah muktamad.

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR

280716 Pemudah (06)

  1. Tan Sri Dr. Ali menyampaikan hadiah kepada wakil pemenang utama kategori Media Cetak Bahasa Inggeris, Rupa Damodaran daripada New Straits Times.

280716 Pemudah (10)

  1. Mohd Rafi Mamat, Berita Harian menang hadiah utama kategori Media Cetak Bahasa Melayu membawa pulang RM10,000.

280716 Pemudah (11)

  1. Tempat Kedua Kategori Media Elektronik dimenangi oleh Astro Awani yang mengetengahkan isu bertajuk Produktiviti dan Tahap Kesenangan Menjalankan Perniagaan. Panel hakim memutuskan tiada pemenang utama bagi kategori ini.

280716 Pemudah (12)

  1. Tahniah!.. Para pemenang bersama replika cek dan sijil masing-masing bergambar kenangan dengan Pengerusi PEMUDAH yang juga merupakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dan tetamu kehormat yang lain.

280716 Pemudah (13)

  1. Ceria.. Tan Sri Ali berbual mesra dengan para pemenang