XIAMEN UNIVERSITY MALAYSIA KUNJUNGI MPI
3 Okt, Cyberjaya — Malaysian Press Institute (MPI) baru-baru ini menerima kunjungan dari Xiamen University Malaysia, yang diketuai oleh Dr. Wang Changsong, Dekan School of Communication, bersama Assistant Professor Dr. Jeyasushma Veeriah, Head of Programme (Journalism).
Kunjungan ini disambut oleh Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pegawai Eksekutif Tuan Haji Ainol Amriz Ismail, serta Pengurus Besar Puan Norlida Jamain.
Selain membincangkan kerjasama dalam melatih dan berkongsi pengetahuan dengan pelajar, pensyarah, dan pengurusan university, turut disentuh adalah isu-isu kritikal dalam industri media, seperti cabaran kecerdasan buatan (AI) dan media sosial. Kedua-dua pihak sepakat untuk menjalin usaha yang lebih erat, di mana MPI akan berfungsi sebagai penghubung antara penyedia tenaga kerja mahir dan keperluan industri media yang semakin berkembang.
Xiamen University Malaysia adalah cawangan luar negara dari Xiamen University, sebuah universiti terkemuka di China. Ditubuhkan pada 2016, kampus ini terletak di Salak Tinggi, Selangor yang menawarkan program pengajian dalam pelbagai disiplin, termasuk Sains Sosial, Pengurusan, Kejuruteraan, dan Teknologi Maklumat.