Zamalah 2017 melabuhkan tirainya.

Program Zamalah Wartawan 1Malaysia 2017 yang memasuki tahun ketujuh sejak mula diperkenalkan pada tahun 2011 telah pun melabuhkan tirai penganjurannya pada 18 Ogos yang lalu.

Program yang disertai seramai tiga belas (13) orang pengamal media tempatan itu telah berlangsung selama dua minggu bermula pada 7 Ogos bertempat di Hotel De Palma Shah Alam.

MPI menampilkan figura-figura besar dalam bidang kewartawanan sebagai penceramah antaranya Datuk Mustapa Omar;  Dr. T. Selva; Profesor Datuk Salleh Buang;  Puan Hasnah Mohd. Salleh;  Dato’ Dr. Firdaus Abdullah;  Puan Yusanani Yushak;  Cik BK Sidhu dan  Encik Zainal Abdul Halim dan Encik Nurulanuar Mansor. Turut ditampilkan bersama adalah pakar-pakar akademik dalam pengkhususan masing-masing iaitu Profesor Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz dan Profesor Madya Dr. Jeniri Amir yang bersama-sama menjayakan program Zamalah.

Wakil pelajar, Pradeep Kumar menyatakan keterujaan dan berterima kasih kepada MPI kerana menganjurkan program yang sememangnya membantu para peserta memperkemaskan lagi kemahiran penulisan dan pelaporan masing-masing.

Pradeep turut menambah “program Zamalah ini sangat baik kerana ia menjadi platform kepada saya dan rakan-rakan untuk mempelajari pelbagai ilmu/kemahiran dalam kewartawanan dan kami turut sama berkongsikan pelbagai perkara termasuk tugas hakiki sebagai wartawan”.

Pada majlis penutup yang disempurnakan oleh Puan Yusanani Yushak itu turut mengiktiraf Muhammad Amar Shah (Sun Media) dan Nurul Hidayah Bahaudin (Harian Metro) sebagai peserta terbaik mewakili gender masing-masing.

Tekan sini untuk melihat:

  1. Program Zamalah Wartawan 1Malaysia
  2. Senarai Peserta
  3. Album Zamalah
  4. Teks ucapan wakil pelajar
  5. Video pelajar