ZAMALAH WARTAWAN MUDA 1MALAYSIA 2013

Malaysian Press Institute (MPI) akan menganjurkan program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia pada 7 hingga 25 Januari 2013.

Kursus selama tiga minggu ini mempunyai objektif untuk :

–        Meningkatkan ilmu pengetahuan wartawan muda dalam bidang kewartawanan di samping mendalami ilmu kenegaraan untuk mendukung konsep 1Malaysia;

–        Melengkapkan wartawan muda dengan kemahiran menghidu berita, mewawancara, mengumpul maklumat dan menyediakan laporan berita dan rencana;

–        Meningkatkan pemahaman wartawan muda mengenai media dan undang-undang serta fungsi institusi-institusi negara dan Perlembagaan Persekutuan;

–        Memberi peluang kepada wartawan muda bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dengan penceramah/pengajar kursus yang terdiri daripada wartawan tersohor negara.

Tenaga pengajar bagi program ini  terdiri daripada para editor kanan media    penceramah jemputan dari beberapa pertubuhan kerajaan dan kementerian.

Kaedah pembelajaran merangkumi tiga aspek penting iaitu kuliah, perbincangan dan latihan praktikal. Selain itu, para peserta akan dibawa menghadiri beberapa sesi pertemuan/dialog dengan beberapa pemimpin negara.  Program juga menitikberatkan latihan praktikal bagi sesi kewartawanan foto dan penulisan.

Hampir keseluruhan kuliah diadakan di MPI, Kuala Lumpur Selebihnya adalah sesi lawatan/dialog di Parlimen  Malaysia, Ibu Pejabat Polis dan sebagainya.  Bagi sesi kewartawanan foto bakal diadakan di Melaka/Port Dickson.

MPI menyediakan penginapan (‘twin-sharing’) sepanjang kursus di Hotel Peninsula, Kuala Lumpur.

Antara pengisian  program adalah seperi berikut:

Senario Semasa Media di Malaysia

Ciri-ciri Wartawan Unggul

Mengendalikan Operasi Sebuah Akhbar : Peranan Pengarang

Penulisan Berita

Parlimen Malaysia – Supremasi & Penghambaan dalam Demokrasi (sesi dialog bersama Speaker Dewan Negara)

Berani Bertanya

Teknik Menemuramah

Sesi Dialog bersama Ketua Polis Negara

Investigative Journalism & Crime & Court Reporting

Penulisan Rencana & Naratif

Memahami Perlembagaan Persekutuan

Fungsi Tiga Cabang Kuasa Negara – Legislatif, Eksekutif & Judisiari : Antara Imbangan dan Pemeriksaan

Media & Undang-Undang :-

Ethical Journalism: Code of Conduct

Printing Presses & Publications Act

The Law of Defamation and Sedition

The Law of Contempt

The Law of Privacy & Confidentiality

The Law of Copyright & Plagiarism

Laws Relating to Broadcast Journalism/New Media

Kewartawanan Foto

Kewartawanan Foto : Memahami Fotografi Digital

Penulisan Caption, Gambar & Skrip

Memahami “Photoshop with In Design”

Latihan Mengambil Gambar dengan Teknik yang Betul

Permohonan sudah dibuka dan sila klik di sini untuk mendapatkan borang.

Tekan sini untuk Borang Penyertaan Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2013.

Tekan sini untuk program tentatif Zamalah Wartawan Muda 1 Malaysia.