Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2013: Rakaman gambar-gambar
Tiga minggu bersama mulai 7 hingga 25 Januari 2013 telah mengeratkan hubungan setia kawan di kalangan 24 orang peserta yang menyertai Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia anjuran Malaysian Press Institute (MPI) di Kuala Lumpur.
Selama 21 hari mengikuti program itu, mereka telah dibimbing oleh sebilangan pengajar yang terdiri daripada wartawan veteran berpengalaman dan juga ahli-ahli akademik.
Antara mereka termasuklah Dr. Jeniri Amir, pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Profesor Salleh Buang.
Mereka juga telah mengadakan dialog di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan pegawai-pegawai kanan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai peranan PDRM memagari keselamatan negara.
Satu taklimat khas mengenai peranan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengendalikan pilihan raya umum dan pilihan kecil diadakan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.
- Dr. Jeniri Amir, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sosial, UNIMAS selaku penceramah pada modul ‘Penulisan Rencana & Naratif’, berinteraksi bersama peserta.
2. Rahimy, Seri Nor Nadiah dan Norhashimah sibuk menyiapkan rumusan pembelajaran mereka untuk dinilai oleh Dr. Jeniri Amir.
3. Memerah otak – memikirkan apa lagi yang tertinggal bagi kumpulan satu untuk memantapkan lagi kerja mereka.
4. Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya menyampaikan taklimat mengenai tanggungjawab SPR kepada peserta Zamalah 2013 sempena lawatan mereka ke SPR pada 15 Januari lalu.
5. Sesi dialog bersama Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya bertajuk ‘Memantapkan Demokrasi – Menilai Peranan SPR Malaysia Dalam Politik Malaysia’.
6. Peserta Zamalah 2013 bergambar bersama Datuk Kamaruddin Mohamed Baria (berdiri tengah, bertali leher).
7. Menunggu bas untuk pulang ke Peninsula Hotel selepas lawatan ke SPR di Putrajaya.
8. Ceria – dari kiri Ayman, Hafizee, Iskandar Joni, Azrin, Fadli, Nassaruddin dan Fariza semasa lawatan ke Bukit Aman pada 16 Januari lalu.
9. Taklimat mengenai tanggungjawab PDRM untuk memastikan Malaysia kekal selamat, aman dan sejahtera yang disampaikan oleh dari kiri, YDH SAC Dato’ Zainal Abidin Kasim, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), YDH DCP Dato’ Rusli Ahmad, Timbalan Pengerusi Urus Setia NKRA dan YDH SAC Dato’ Abdul Hamid Mohd. Ali, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
10. Sesi dialog bersama YDH CP Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik, PDRM (kanan) bertajuk ‘Memagari Kedaulatan Undang-Undang’ semasa lawatan ke ibu pejabat PDRM pada 16 Januari lalu.
11. Peserta Zamalah 2013 bergambar beramai-ramai bersama, YDH SAC Dato’ Zainal Abidin Kasim, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), duduk kiri, YDH CP Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik dan Maimunah Abd Rashid, moderator program.
12. Peserta berbincang mengenai tajuk yang bakal menjadi bahan tulisan mereka semasa modul ‘Penulisan Pelancongan’ pada 17 Januari yang dikendalikan oleh Puan Putri Zanina Megat Zainudin, Editor, Travel Desk, Life & Times, NST.
13. Putri Zanina Megat Zainudin, Editor, Travel Desk, Life & Times, NST, Penceramah bagi modul ‘Penulisan Pelancongan’ pada 17 Januari 2013.
14. Putri Zanina berkongsi pengalaman bersama peserta Zamalah 2013 tentang ciri-ciri penulisan pelancongan kreatif.
15. Zainal Abdul Halim, Konsultan Foto, NSTP, memberi tunjuk ajar kepada peserta Zamalah 2013 kaedah mengambil gambar yang baik dalam sesi ‘Kewartawan Foto’ di Melaka pada 18 Januari.
16. Maizatul Akma, dengan tekun mengambil gambar di sekitar bandar Melaka.
17. Rasyidah Johan mengaplikasikan teknik mengambil gambar yang betul.
18. Gaya merakam gambar oleh Kong Ping Guan dari See Hua Daily News.
19 & 20. Sibuk dengan tugasan turun muat gambar-gambar yang telah dirakamkan untuk penilaian.
21. Modul ‘Pidato Umum’ dikendalikan oleh Seline Lim (tengah), Naib Presiden Perhubungan Awam Kelab Pemidato Antarabangsa, Institut Pengurusan Malaysia (Kuala Lumpur) 2012/2013 pada 21 Januari 2013.
22. Rosland Shebli (kiri) sebagai pemberita menemurah ‘YB Datuk’ Seri Nor Nadiah (kanan) pada sesi teknik menemurah yang betul.
23. Norhashima Jamaluddin (S.J.) menunjukkan bakatnya semasa sesi ‘Pidato Umum’.
24. Profesor Dr. Shamrahayu Abdul Aziz, Pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, memberi penerangan megenai ‘Perlembagaan Persekutuan’ dan ‘Fungsi Tiga Cabang Kuasa Negara- Legislatif, Eksekutif & Judisiari: Antara Imbangan dan Pemeriksaan’ kepada peserta Zamalah 2013 pada 22 Januari.
25. Sesi ‘Perlembagaan Persekutuan’ bersama Profesor Dr. Shamrahayu Abdul Aziz, Pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
26. Profesor Salleh Buang, Pensyarah Tamu, Universiti Teknologi Malaysia dan juga Kolumnis ‘Land Matters’, NST, adalah salah seorang penceramah untuk sesi Media dan Undang-Undang bagi program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2013 pada 22 dan 23 Januari.
27. “Etika kewartawan mestilah didukung oleh setiap wartawan untuk memastikan mereka mengekalkan integriti dan kredibiliti mereka sebagai wartawan yang bertanggungjawab dan disegani”, pesanan yang disampaikan oleh Profesor Salleh Buang.