Upcoming Programme
Sabar dan sila baca mesej ini.
Terima kasih kerana imbas QR Kod ini.
Anda sangat beruntung dan bertuah kerana memilih Malaysian Press Institute (MPI) yang sentiasa menawarkan latihan yang terbaik dan profesional. Untuk memenuhi impian anda menjadi seorang yang berkemahiran dalam industri media, komunikasi dan kewartawanan, Malaysian Press Institute (MPI) memaparkan modul latihan terkini, yang akan dilaksanakan secara agresif bermula tahun 2025.
Umpamanya, bidang fotografi, kami mendalami segmen untuk memperincikan modul latihan agar lebih menarik dan praktikal. Begitu juga kewartawanan, tidak hanya terhad kepada penulisan, tetapi mencakupi keseluruhan aspek yang diperlukan dalam industri kini. Contohnya seperti kewartawanan solo, media forensik dan kandungan digital menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI).
Dalam aspek komunikasi, kita tidak mahu anda merasa `gugup’ dalam berbicara, tetapi meningkatkan keyakinan dengan lafaz yang berprinsip, berfakta dan tentulah informasi yang disampaikan itu, mudah difahami pendengar, pembaca dan penonton.
Dalam rangkaian latihan video, anda namakan modulnya, kami akan adakan. Daripada proses penulisan skrip, papan cerita, penggambaran, penampilan, suntingan sehinggalah kepada penerbitan, kami ada modulnya. Jangan tidak percaya, kami juga laksanakan penggambaran dan proses ini menggunakan telefon pintar!
Akhirnya, MPI yakin, apa yang anda baca ini bukanlah kisah dongeng kerana kami menulis dan bercakap, apa yang kami boleh lakukan. Jadi, silalah skrol sehingga ke bawah untuk mengetahui modul-modul latihan yang akan diadakan tidak lama lagi. Opps…kami ada lagi, dan modul ini juga akan diperkemaskan dari semasa ke semasa untuk rujukan dalam memenuhi keperluan anda bersama kami di MPI.
Jadi, tunggu apa lagi? Jangan segan silu. Untuk pertanyaan lebih lanjut sila hubungi, Puan Norhafiza Kamaludin (03-86892717 / 012-669 1993).
“Anda minta, MPI adakan.“
Facebook : https://www.facebook.com/mympi
Instagram : https://www.instagram.com/malaysianpressinstitute/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@malaysianpressinstitute?_t=8qj0svMVbVq&_r=1
#mpibest #kitakongsi #latihan #ResponsibleJournalism #trainingprovider #trainingprogram