Persiapan Forum Kewartawanan: MPI, UiTM & Panelis Adakan Sesi Koordinasi Maya

Cyberjaya, 5 Disember 2025 – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini telah mengadakan perjumpaan secara virtual bersama pihak pengurusan UiTM dan para panelis Forum Kewartawanan yang akan berlangsung tidak lama lagi pada 9 Disember 2025 bertempat di Dewan Biduanda, UiTM Kampus Rembau, Negeri Sembilan.

Sesi koordinasi ini diketuai oleh Eksekutif Kanan Unit Projek Khas, Puan Ramizah, Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail dan Pengurus Besar, Puan Norlida Jamain. Turut serta dalam perbincangan ialah barisan panelis forum, Azwaliza Azman, Razali Awang, serta moderator selaku Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Media UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah, Dr. Shafeza Abdul Wahab.

Pihak pengurusan UiTM Rembau turut sama hadir secara dalam talian termasuk wakil pengurusan, Encik Shafiq Mohamed Ayub dan Fareenah Mohamad Sahim, bagi memastikan kesediaan lokasi dan aspek teknikal berada pada tahap terbaik.

MPI berharap forum ini akan menjadi wadah bermanfaat untuk memperkasa generasi wartawan muda terutamanya dalam generasi pelajar media dalam membuka minda mahasiswa ini terhadap dunia kewartawanan sebenar, serta memupuk pemikiran kritis dalam menghadapi cabaran media era digital.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest