KPT Raikan Media dan Hargai Peranan Dalam Menyebarkan Inisiatif Pendidikan Tinggi


KUALA LUMPUR, 5 Disember 2025 – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus mengiktiraf peranan penting pengamal media dalam menyampaikan informasi tepat berkaitan dasar, pembangunan dan pencapaian sektor pendidikan tinggi negara melalui penganjuran Majlis Apresiasi Media KPT 2025 yang berlangsung di JW Marriott Hotel Kuala Lumpur malam ini.

Majlis ini menjadi platform menghargai komitmen media yang sentiasa menjadi rakan strategik KPT dalam memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap inisiatif kementerian, termasuk usaha transformasi pendidikan tinggi, pembangunan bakat, penyelidikan dan inovasi nasional.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran tetamu utama, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, serta Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim bersama barisan pengurusan tertinggi KPT yang hadir bagi meraikan komuniti media yang selama ini menyokong agenda pendidikan tinggi negara.

Pihak Malaysian Press Institute (MPI) turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap hubungan baik antara KPT dan industri media. MPI diwakili oleh Salman Husni Abdollah dan Muhammad Asyraf Rosmidi.

Dalam majlis tersebut, KPT menzahirkan penghargaan kepada semua organisasi media arus perdana dan media digital yang memainkan peranan signifikan dalam menyalurkan berita secara objektif serta menyebarkan inisiatif-inisiatif yang digerakkan oleh KPT khususnya kepada institusi pengajian tinggi (IPT).

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, dalam ucapan apresiasinya turut menyampaikan Kad Laporan KPT 2025 yang menggambarkan komitmen kementerian untuk terus meningkatkan ketelusan maklumat kepada umum.

MPI menyambut baik usaha KPT mengadakan majlis penghargaan seperti ini yang bukan sahaja mengiktiraf media, malah memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara institusi kerajaan dan organisasi media.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest