MPI – Scorpion Tact Services Sdn. Bhd Perkasa Profesionalisme Media Melalui Latihan HSE

Cyberjaya, 19 Mac 2025 – Malaysian Press Institute (MPI) telah menerima kunjungan rasmi daripada Scorpion Tact Services Sdn. Bhd., yang diketuai oleh Pengarah Urusan, Encik Abdullah Embong, bersama delegasi yang terdiri daripada Perunding Utama, Encik Aliasman Morshidi; Ketua Pembangunan Perniagaan dan Siri Pendidikan, Encik Aqif Abdullah; Ketua Operasi, Encik Ammar Izzat; Ketua Pembangunan Perniagaan, Encik Nazri Mokhtar; dan Perunding Kanan, Puan Sharifah Nur Zulaikha.

Dalam pertemuan tersebut, Encik Aliasman mengemukakan hasrat Scorpion untuk menjalin kerjasama strategik dengan MPI, khususnya melalui penganjuran siri program latihan yang bertujuan memperluas kesedaran mengenai HSE (Health, Safety, and Environment) di kalangan pengamal media.

“Kita yakin melalui media, kesedaran mengenai HSE dapat diperluaskan dengan penerbitan artikel yang tepat dan sahih. Ini bukan sahaja membantu syarikat dan organisasi meningkatkan keselamatan, tetapi juga mengurangkan risiko kemalangan dan impak terhadap alam sekitar, selain memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta peraturan tempatan dan antarabangsa.”, katanya.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan siri latihan yang memberi fokus kepada penerapan nilai kepimpinan, tanggungjawab, serta memastikan integriti, ketelusan, dan profesionalisme terus dipelihara dalam kalangan pengamal media.

Menurut Presiden MPI, Datuk Yong Seo Heong, “MPI menyambut baik hasrat Scorpion untuk kerjasama strategik ini. Penganjuran program latihan secara bersiri ini sangat tepat pada masanya, memberikan peluang kepada pengamal media untuk memperkukuhkan pemahaman mereka tentang HSE. Kajian kes yang bakal didedahkan turut dijangka memberi impak yang signifikan. Program ini juga merupakan pendahuluan kepada Seminar anjuran Scorpion yang dijadualkan pada bulan Oktober nanti.”

Hadir sama dalam pertemuan ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail, dan Pengurus Besar MPI, Puan Norlida Jamain.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter