4 Okt, Cyberjaya— Delegasi MPI yang diterajui oleh Presiden Datuk Yong Soo Heong meneruskan kunjungan hormat ke Vanakkam Malaysia bertempat di ibu pejabatnya di Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Turut sama hadir Ketua Pegawai Eksekutif Tuan Haji Ainol Amriz Ismail dan Ahli Majlis Pentadbir Encik Zamri Rambli.
Kunjungan ini disambut oleh Encik Thiaga Rajan Pengarah Urusan Vanakkam Malaysia bersama Puan Vethakumari Vengiteson Ketua Berita, Encik P. Jeganathan Pengarah Pemasaran dan Encik Ramesh Padbanadan Penerbit Teknikal.
MPI diberi taklimat operasi berkenaan Vanakkam Malaysia yang menunjukkan kejayaan dalam menyampaikan kandungan berita berbahasa Tamil, dengan capaian data 70% pengikutnya terdiri daripada golongan belia.
Menyambut ulang tahun ke-21, Vanakkam Malaysia telah menjadi platform penting dalam penerbitan berita yang pelbagai, khususnya dalam Bahasa Tamil. Mereka juga berfungsi sebagai penyedia kandungan berita kepada stesen TV tempatan dan agensi berita luar negara, terutamanya dari India.
Sebagai langkah untuk memperluaskan jangkauan dan menarik lebih ramai pengikut, Vanakkam memperkenalkan saluran berita berbahasa Melayu, dikenali sebagai Berita Telus.
Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk berkongsi kepakaran dalam memperhebat latihan kewartawanan dan kepentingan teknologi masa hadapan.
Vanakkam Malaysia adalah ahli MPI sejak 2019.

Dari kiri : Puan Norhafiza, Puan Vethakumari, Encik Zamri, Encik Thiaga, Datuk Yong, Tuan Haji Ainol, Encik P. Jeganathan, Encik Ramesh, Puan Norlida dan Puan Afiqah.