10 Oktober, Kuching — Biarpun luarannya nampak kecil, tetapi semangat DayakDaily sangat dikagumi. Mereka gigih memberikan info terbaik dan tegas dalam pelaporan beritanya. Ini adalah antara keunikan di DayakDaily.
Pertemuan di pejabat DayakDaily – portal yang kerap memenangi hadiah kewartawanan Kenyalang Award, akhirnya membawa kepada persetujuan mempelawa menjadi Ahli MPI dan menyertai Anugerah Kewartawanan MPI, Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2024.
Persetujuan ini dinyatakan oleh Pengarah DayakDaily, Cik Lian Cheng pada pertemuan bersama lewat petang Rabu lalu.
DayakDaily sebuah portal berita, memaparkan kandungan berita dalam dua Bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam satu platform yang sama, mempunyai 70% pelayar daripada Semenanjung Malaysia dan hanya 30% pelayar berpusat di Kuching mengikutinya.
Selain aktif dalam pelaporan berita, DayakDaily terlibat dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memfokuskan kepada sumbangan buku-buku cerita dan koleksi ‘teddy bear” yang diterima daripada komuniti tempatan untuk diserahkan kepada kanak-kanak di kawasan pendalaman Kuching.
Usaha murni ini amat dihormati dan MPI mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan yang dilakukan oleh DayakDaily.
DailyDayak anda adalah Wira Rakyat!

