11 Oktober, Tempayan Restaurant — Bersama Borneo Post, Utusan Borneo, See Hua Daily pada petang semalam, banyak memberikan maklum balas dan inspirasi.
Rumusan yang dibuat membuka ruang MPI merangka agenda perubahan dalam pembentukan kewartawanan orde baru.
Terima kasih Ketua Pegawai Kandungan Borneo Post, Encik Raynore Mering, bersama Encik Gary Adit, Editor Eksekutif; dan Encik Ronnie Teoh Editor Eksekutif.
Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak telah berkongsi pandangan mengenai isu-isu semasa, cabaran yang dihadapi dalam bidang kewartawanan, serta keperluan untuk program latihan yang lebih berfokus.
Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Ainol Amriz, menekankan betapa pentingnya wartawan menguasai teknologi terkini.
Beliau mencadangkan Borneo Post,Utusan Borneo dan See Hua Daily mempertimbangkan penyertaan dalam program latihan yang berkaitan dengan Kecerdasan Buatan (AI), Solo Journalism, dan Content Analysis untuk meningkatkan daya saing dan kemahiran dunia kewartawanan yang semakin berkembang. Turut menyertai pertemuan Eksekutif Editor (Digital) Borneo Post, Puan Stephanie Rae Siaw; Ketua Wartawan Utusan Borneo; Puan Patricia Gari; Editor See Hua Daily dan Encik Wong Ing Soon, See Hua Daily Sibu Chief Editor.


