Kerjasama MPI-BERNAMA Perkasa Industri Media Malaysia

Cyberjaya, 12 Mac 2025 – Pagi ini telah berlangsungnya perbincangan kedua antara Malaysian Press Institute (MPI) dengan Pengurus Pusat Kecemerlangan BERNAMA, Encik Ridzuan Mohd Ghazali dalam persediaan kerjasama strategik program latihan yang dijangka akan diadakan pada awal Mei ini.

Perbincangan tertumpu kepada pelbagai strategi yang dapat memperkasa program dalam industri media Malaysia, terutamanya dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi digital. Salah satu fokus utama adalah pengenalan kepada penyediaan laporan khas yang melibatkan penggunaan teknologi terkini, seperti web TV, yang membolehkan penyampaian berita dan maklumat secara langsung, pantas, kreatif dan interaktif.

Dengan usahasama yang diketengahkan ini, proses pelaporan berita dalam industri media dapat dipercepatkan dan dioptimumkan serta meningkatkan kecekapan wartawan.

Pertemuan ini disertai oleh Presiden Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Hj Ainol Amriz Ismail dan Pengurus Besar MPI, Puan Norlida Jamain.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest