CYBERJAYA, 26 Mac – Menjelang sambutan Aidilfitri, Malaysian Press Institute (MPI) hari ini berkongsi rezeki dengan Puan Maesa, operator pembersihan yang merupakan sebahagian daripada keluarga MPI.
Sumbangan ini disampaikan oleh Pengurus Besar MPI, Puan Norlida Jamain, bersama Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Haji Ainol Amriz Ismail.
MPI sentiasa komited dalam menjaga kebajikan dan berharap sumbangan ini dapat menceriakan sambutan Aidilfitri Puan Maesa sekeluarga.